BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Saturday, August 16, 2008

susah dan menyusahkan..??


Susah dan menyusahkan..hmm..2 perkataan ni macam contra kan..kekadang kita rasa susah atau menyusahkan…?rasa teman sme mesti pernah mengalami 2 situasi yang berbeza ni kan??..suka disini diri ini ingin berkongsi dengan sahabat sahabat..contohnya lah..peraturan ni menyenangkan atau menyusahkan?diri ini terfikir apabila menemani seorang sahabat untuk berjumpa dengan orang atasan bagi menjayakan satu projek..tp prosedeurnya amat mudah,Cuma ingin meminta cop pengesahan dari beliau,namun begitu,beliau tiada di pejabat dan tak dapat dihubungi..jadi kerja yang senang menjadi susah..sahabat diri ini berkata..”payah sangat ke nak buat projek ni,,”diri ini menjawab “benda senang tapi ianya menjadi susah jika ada peraturan”..setuju atau tak apa yang diri ini katakan?

Nak juga berkongsi dengan teman semua..apa yang dimaksudkan dengan susah..satu hari tu,diri ini pergi makan di sebuah cafĂ© di sebuah ipt..mesti teman semua anggap semua orang di IPT hebat bukan..?tapi yang ingin diceritakan di sini bukanlah mengenai kehebatan mereka tapi dari segi susah..terus kepada tajuk la..sedang diri ini beratur untuk membayar makanan,ada lar 4 orang pak cik ni ,suka hati dia je nak potong line,apa salahnya beratur,mungkin mereka rasa diri mereka dah cukup besar atau dah cukup berkedudukan dalam masyarakat dan mereka tak perlu beratur..entah kenapa entah diri ini berkata “macam tak ada tamadun je pak cik ni,agak agak la,orang ramai pun beratur gak lapar”.

Susah atau menyusahkan?kekadang peraturan ni kalau ada menyusahkan,kalau tak de kita jadi susah..tapi ini yang dikatakan dengan peraturan.hmm..peraturan..peraturan..peraturan..letih kalau nak layannya..kekadang kita dapat bala,kadang kadang kita untung kan?tapi apa pandangan teman semua dengan syariat??syariat boleh juga diertikan dengan undang undang yang telah ditetapkan oleh Tuhan kita iaitu ALLAH..kenapa ALLAH cipta syariat ek?ok lah..nk kgsi dengan teman semua,kalau orang yang mencipta sebuah computer,sudah tentu dia tahu selok belok tentang computer kan?tahu apa kan jadi kalau letak processor ni boleh ke tak.RAM,dan sebagainya..matching atau tak..

Begitulah juga wahai temanku semua,ALLAH adalah pencipta kita,so ALLAH tahu lah apa yang baik apa yang buruk ttg kita kn?kekadang diri ini berfikir juga,kalau ALLAH taw apa buruk untuk kita,napa DIA cipta juga ek??di sini diri in ingin kongsi dengan teman semua sebuah firmaNYA yang telah direkod dalam surah kahfi ayat 7 “sesungguhnya kami (ALLAH) telah menjadikan di atas muka bumi ini perhiasan untuk menguji antara kamu semua siapakah yang terbaik amalanya”..faham tak apa yang cuba disampaikan oleh ALLAH ni,,bukan semua yang ALLAH cipta atas dunia ni boleh kita amik sewenang wenangnya,tapi ingatlah apa yang ALLAH kata..”..PERHIASAN..”so mestilah sesuatu yang menarik bagi kita bukan??..atas iman kita lah samada kita nak ikut nafsu yang hanya berkehendakan kepada keseronokan atau iman yang berkehendakan kepada kebahagiaan..iman di hati yang menentukan segala galanya..


Tajuk yang diri ini cuba berikan bukanlah berkisar tentang kesusahan,tapi kesenangan yang akan kita sama2 capai di alam yang abadi kelak dan untuk mencapai kesenangan itu mestilah dilalui dengan kesusahan dalam usaha untuk melawan nafsu..ingatlah sabda Nabi kita “syurga itu dipagari dengan onak diri dan neraka itu dihiasi dengan kesenangan”


Akhir kalam,suka diri ini untuk berkongsi dengan teman yang dimuliakan sekalian sebuah lagi firman ALLAH dalam surah al ahzab ayat 36 “tidaklah patut seorang yang beriman lelaki atau perempuan apabila ALLAH dan RasulNya telah menetapkan sesuatu perkara(keputusan) lalu mereka pula membuat pilihan(keputusan) sendiri dalam urusan mereka,barangsiapa yang yang menderhakai ALLAH dan RasulNya,maka sesungguhnya dia telah berada di dalam kesesatan yang amat nyata”.point penting di sini adalah, orang yang beriman.lelaki,perempuan,derhaka kepada ALLAH,kesesatan..wallhu ‘alam..

Saturday, August 9, 2008

Yang terPILIH..

Salam sahabat sekalian…?Diri ini doakan korang sme sihat n trus berada dalam naungan yg di redhai oleh yg maha Esa..Lama rsenya x tlis dalam blog ni..kekadang disibukkan dgn bnde2 yg x patut diri ini sibuk..kekadang rasa malas nk bke blog ni..alhamdulillah kali ini diberi kekuatan dan kemudahan untuk terus mencoret beberapa perkara yang terbuku kt hati ni di laman ni…

Alhmdlah,rasa amat bersyukur kerana terpilih untuk menuntut di salah sebuah ipta..namun begitu kesyukuran ini bkn sekadar rasa bangga,tp kena awasi segala gerak geri kita kerana kehidupan di ipt bukanlah semudah yg di sangka..bru2 ni,hati ni telah dilalaikan oleh beberapa perkra yang secara yg secara teorinya melailaikn tp diri ini anggap ianya satu keseronokan dan kepuasan..rasa bersalah setelh fikir balik,tp itulah yg sedang dirasai sekarang..

Terasa di hati ni apabila de sahabat yg kata pada diri nya rasa terpilih untuk sama2 solat berjemaah di surau ni.sbb bkn sng nk rasa diri ni terpilih oleh yang maha Mengatur segala rancangan..kdg2 rasa diri ni hebat sebab dapat solat jemaah,tp cbe counter blik sifat 2 dengan salah satu amaran dari yang maha Berkuasa “dimasukkan seseorang yg dikehendaki itu ke dalam syurga dengan rahmatNya,dan bg mereka yg zalim itu disediakan azab yg amat pedih”..diri ini x punyai apa2 melainkan hanya dengan petolongan dariNya..

Namun begitu,masih terdapat sahabat2 yg sudi untuk membela nasib diri ini di hadapan ALLAH dengan memperingati diri di dunia ini..mgkn ada yg merasakan bahawa kos yang sedang diambil ni sudah cukup untuk meletakkan diri ini di taraf yg alim..tp tidak wahai sahabtku,bkn apa yang dipelajari boleh membawa kita ke satu tahap yang masyarakat impikan,tp apa yg di hayati dan diaplikasikan dalam hidup memainkan peranan penting dalam mempamerkan apa yang dihadamkan dalam pembelajaran sekaligus dapat memberi cnth kepada msyrkt skrg..

Byk lagi yang ingin dikongsi bersama para sahabatku tapi,masa tidak mengizinkan kerana masih terdapat byk lg masalah diri yg masih belum di selesaikan..harap sahabt smua doakan diri yg lemah ini ntuk terus berada di bawah naugan yg diredhaiNya..Asslamualaikum..