BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Sunday, December 28, 2008

Membawaku menyelami...


Pada 9.12 lepas aku berpeluang untuk bersama sama joint satu aktiviti yang mana menyebabkan diriku rasa rendah diri dan sama sama dapat kongsi perasaan dengan masyarakat..aku di takdirkan telah terpilih untuk menolong mangsa banjir di sebuah tempat di Terengganu..dilaporkan tempat itu merupakan salah satu tempat yang paling teruk ditimpa ujian oleh Allah..Namun begitu,disebalik ujian itu,masih ada yang bertelingkah atas satu sebab yang sama dan menyebabkan masyarakat menjadi mangsa pertelingkahan mereka.

Pada hari pertama,aku dan kumpulan aku di benarkan untuk membuka sebuah bilik gerakan di sekolah berdekatan yang mana merupakan salah sebuah sekolah yang menempatkan mangsa banjir.misi banjir itu bermula pada petang jumaat,yang mana hujan agak reda.kami ditugaskan untuk membersihkan sebuah rumah yang agak teruk keadaanya selepas banjir.Tuan rumah memberitahu kami bahawa sejak 5 tahun mereka berada disitu,inilah kali pertama banjir teruk sehingga air masuk ke dalam rumah dan semuanya berpunca daripada kerakusan masyarakat mengejar tamadun dunia.aku teringat akan firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 11 dan 12 yang bermaksud “Dan apabila dikatakan kepada mereka janganlah kamu semua melakukan kerosakan di atas muka bumi,lalu mereka menjawab sesungguhnya kami adalah dari golongan yang membuat kebaikan" "Sesungguhnya mereka semua sedang melakukan kerosakan tetapi mereka masih tidak sedar ".

Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan rumah yang telah surut air banjir,kami tidak dibenarkan untuk mengharungi air banjir kerana bimbang berlaku atau ditimpa penyakit yang tidak diingini.Tuan rumah yang kami bantu basuh rumahnya nekad untuk berpindah kerana bimbang banjir akan berlaku lagi tahun depan dan tidak mahu mengambil risiko untuk menghadapinya lagi.katanya ia akan menelan lebih banyak belanja berbanding dengan perbelanjaan untuk pindah rumah.

Pada malam harinya,kami membuka surau (tempat solat bagi kaum lelaki di kantin) dalam usaha untuk mempamerkan nilai nilai islam..pada hari pertama,hanya 4,5 orang mangsa banjir sahaja yang datang,tapi itu bukan permasalahan bagi kami kerana dakwah adalah bukan jalan yang singkat,tapi mengambil masa yang agak panjang dan hanya bagi mereka yang betul betul sabar dan mukmin sahaja yang mampu untuk terus istiqamah di atas jalan Nya,berbeza bagi mereka yang munafiq “Ya Allah, ya Tuhan kami,Engkau tetapkanlah hati kami di atas jalan Mu,agamaMu dan ketaatan kepada Mu “.selesai kami solat secara berjemaah,kami sama sama solat hajat dan membaca yassin berdoa memohon agar penduduk kampung itu cepat diperlepaskan dari ujian ini.

Setelah selesai solat isya’ berjemaah,kami makan malam bersama orang kampung dan bertanyakan saat saat genting ketika air mula naik,ada yang tak sedar air naik kerana ia naik secara mendadak dan naik lebih kurang pukul 2-3 pagi.Bagi jiran yang berjaga,mereka akan menjerit memberi amaran kepada jiran lain yang sedang tidur.Inilah antara sifat yang patut ada dalam hidup bermasyarakat,saling nasihat serta menasihati antara satu sama lain tanpa mengira permasalahan peribadi.

Setelah selesai berbual dengan penduduk kampung,kami makan bersama sama.Tanpa disangka sangka,hujan turun dengan lebatnya.Kami berharap agar hujan yang turun itu tidak menyebabkan air naik mendadak.Teringat nasihat seorang kawan yang menyertai misi banjir itu “Antara waktu Tuhan akan makbulkan doa hambaNya adalah ketika hujan sedang turun,kerna ketika itu Allah sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk bumi”.Kami berdoa agar Allah mudahkan urusan mangsa banjir ketika ditimpa ujian sebegini.

Keesokan harinya,kami pergi kembali ke tempat banjir itu,dan tak disangka bahawa air naik dengan cepat sekali meskipun hujan hanya turun satu malam sahaja.Itulah petanda maha kuasa.Mampu membuat apa sahaja dalam sekelip mata “Sesungguhnya Allah berkuasa ke atas sesuatu”.Beberapa rumah yang telah kami bersihkan semalam dimasuki air kembali.Kami bersimpati kepada tuan rumah dan kami harap mereka tabah dan amalan kami semalam di terima Allah.Mungkin ada yang akan mengeluh,”sia sia sahaja bersihkan semalam”.Tapi apa yang lebih kami harapkan adalah amalan kami diterima oleh Allah.Pada hari itu,tidak banyak kerja yang kami dapat tolong penduduk kampung kerana mereka hendak memulakan segala gotong royong setelah hujan betul betul sudah reda.

Pada malam hari,kami telah merancang untuk meneruskan lagi tuntutan Allah “maka berlumba lumbalah kamu dalam mengejar melakukan kebaikan…”.kami merancang untuk mengadakan kelas quran kepada anak anak mangsa banjir yang di tempatkan di sekolah itu.Kami menjemput adik adik untuk datang ke kantin untuk mengaji ketika mereka sedang asyik menonton video yang dipancarkan di kantin itu.video yang ditayangkan bertajuk “Abrahah dan tentera gajahnya”.secara tak langsung,seerah zaman Nabi dapat disampaikan kepada generasi cilik.Kerana pada zaman sekarang,kita dapat lihat,banyak rancangan yang merosakkan pemikiran anak anak kecil seperti melatih mereka untuk menyayi,memperagakan fesyen dan pelabagi lagi aktiviti yang bakal memusnahkan masa depan islam.

Pada keesokan harinya,kami tidak menyangka,begitu ramai anak anak kecil datang.Walaubagimanapun,sukarelawan banjir kami cukup untuk tenaga untuk mengajar anak anak ini.”anak-anak itu dilahirkan seperti kain yang bersih,maka kitalah yang patut mencorak mereka”.Mungkin usaha kami kurang berjesan kerana hanya mengambil masa yang begitu singkat kerana proses pendidikan itu adalah salah satu proses yang memerlukan masa yang agak panjang dengan keizinan Allah.Namun kami telah berusaha tanpa mengira kesan daripada usaha kami kerana urusan yang seterusnya,Allah yang tentukan,”Jadilah seperti burung pipit yang mengambil air dari sungai dengan paruhnya untuk memadamkan api yang sedang marak membakat badan Nabi Ibrahim a.s,walaupun sedikit,ia tetap berusaha,dan jangan jadi keldai yang besar,bertungkus lumus mengangkat kayu api untuk membakar Nabi Allah,Ibrahim a.s

Setelah habis slot membaca Al quran,salah seorang dari kami menerapakan rukun islam dan rukun iman kepada anak anak cilik itu.Kami beruntung kerana mempunyai tenaga sukarelawan yang bukan sahaja dapat menolong penduduk mengangkat barang dan membersihkan rumah,tapi ada yang berabakat untuk menjadi motivator.Anak anak ityu terhibur dengan penyampaian sukarelawan itu kerana dia Berjaya menangkap perhatian mereka dengan gaya serta kata kata yang indah dan ceria.kemudian kami melakukan beberapa permainan bersama bagi menghiburkan hati mereka menurut syarak.

Pada keesokan harinya,kami tidak dapat meneruskan lagi kerja kerja kami kerana mereka masih menunggu agar hujan betul betul berhenti untuk 2,3 hari.Namun begitu,ada di kalangan sukarelawan yang bekerja sebagai doctor datang membuka pusat pemeriksaan percuma kepada ibu bapa di tempat mangsa banjir dipindahkan .Kemudian ketua misi banjir mengadakan post moterm dan antara isi yang ditekankan adalah beliau hendak mengurangkan tenaga sukarelawan dengan memilih beberapa orang sahaja kerana beliau tidak mahu pekerja lebih banyak dari kerja.Kami patuh.Misi kami ditangguhkan untuk 2 hari kerana bersiap untuk hari raya korban.Kami telah menghantar beberapa bahagian daging korban pada raya kedua kepada mangsa banjir.

Pada hari raya ketiga,kami dipanggil semula untuk kerja pembersihan rumah kerana dah 2 hari hujan tidak turun dan penduduk taman itu yakin boleh membersihkan rumah mereka.Kami gembira bekrjasama membersihkan rumah mereka dan tak sangka kami dapat bersihkan dengan begitu cepat.Mungkin inilah yang dikatakan muafakat membawa berkat.Kekurangan kami adalah tidak cukup perlatan pembersihan.Tapi itu bukan masalah utama kami kerana peralatan asas kami ada dan ditambah dengan peralatan yang telah di beli oleh tuan rumah,maka kerja kami menjadi lebih mudah.kerja pembersihan telah dilanjutkan 5 hari sehingga semuanya selesai.Alhamdulillah kami berjaya menolong meringankan beban mereka baiarpun bukan dari segi wang ringgit,tapi kami cuba tolong semampu mungkin denga tenaga kami kerana kebanyakan sukarelawan terdiri dari pelajar university dan sekolah.Program misi banjir ini adalah berkadaran dengan misi banjir yang telah kami adakan di pekan,Pahang pada tahun lepas dan kami akan menolong semampu yang mungkin golongan yang memerlukan pertolongan.Wallahu’alam…