BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Monday, June 29, 2009

Dengarlah suara itu



“Jangan..,jangan lakukannya tuanku..kelak nanti tuanku akan menyesal”..kebanyakan ungkapan atau suara ini dilafazkan oleh mereka yang memikirkan masa depan sahabatnya..tapi suara ini hanya dilafazakn oleh golongan yang minority dan hanya kadangkala sahaja mendapat perhatian malahan amat sedikit untuk mereka menurut suara itu.

System sekarang atau lebih dikenali sebagai system demokrasi atau lebih mudah difahamkan ,suara majority atau pendapat majority yang betul.Tapi adakah semua yang disepakati oleh umum menandakan ianya benar?teringat kata kata ustaz,golongan yang benar, sekarang amat kurang,ramai yang menyokong golongan yang sedikit..makna kata adakah yang ramai itu betul?ok..mari kita perhatikan,berapa ramaikah golongan pakar,genius,cendikiawan jika nak dibandingkan dengan golongan yang biasa,kurang pandai..?tapi pendapat golongan yang kurang pandai ini lebih disanjung dan disokong oleh orang ramai..kita lihat,golongan profeseor,saintis atau golongan professional jarang mendapat perhatian,tapi jika kita lihat golongan artis,kebanyakan mereka tidaklah mempunyai ilmu yang banyak berbanding golongan professional,tapi golongan inilah yang disanjung sanjung oleh masyarakat.

Begitu juga dengan keadaan islam sekarang,ramai yang kurang jelas dan masih kabur dengan pandangan Islam yang sebenar,pemikiran kita sekarang banyak dicampur aduk dan dikelirukan dengan pelbagai fahaman.Kadangkala pendirian kita akan jadi kacau dan meanggap suara ramai adalah benar.Kita harus selalu memperingatkan hati kita dengan pegangan hidup kita dan rujuk kepada syariat Allah.Bukanlah bermakna di sini kita tidak menerima langsung pandangan orang lain,tapi harus teliti dan selalu bertanyakan pandangan itu kepada sahabat sahabat atau golongan yang professional dalam agama atau makna kata lain golongan yang faqih.

Posting ini ditulis kerana teringatkan kata kata atau nasihat seorang sahabat,”jika kita nak buat sesuatu kejahatan,akan ada satu suara kecil akan menghalang kita dari melakukanya”.Ini menunjukkan kita dilahirkan bersama hati yang berkehendakkan kepada fitrah atau kebaikan.Cuma kadangkala hati ini sering ditipu dengan tarikan dunia,maka pentinglah bagi kita bersama sama menghadiri majlis ilmu yang membina jiwa bukan nya tempat yang memuaskan dan meruntuhkan jiwa.Teringat sebuah lirik nasyid “dunia ini ibarat air laut,disangka minum dapat menghilangkan dahaga,tapi sebenarnya menambahkan lagi kedahagaan itu,”begitulah juga dengan hati kita,kita anggap kita puas dengan apa yang kita lakukan,tapi ingatlah sahabat semua,adakah Allah puas dengan apa yang kita lakukan?

Seorang sahabat telah membacakan sebuah sabda Nabi yang mafhumnya “mintalah fatwa dari hati”.Kerana hati kita ini nakkan kepada kebaikan dan menolak kebaikan.Dikala kita dalam kekeliruan,maka tanyakan pada hati,maka akan muncul suara kecil hati itu membimbing kita.Dan hati ini perlulah selalu diasah dengan majlis majlis Ilmu yang membina.

Mengenai majlis ilmu,janganlah sesekali kita menolak atau mengelak dari menghadirinya dengan member alas an yang tidak kukuh.Ingatlah wahai sahabat,ketika kita memberikan alas an itu,adakah alasan itu kukuh di hadapan Allah di kala kita ditanya nanti mengapakah kita tidak datang majlis ilmu itu. Ingatlah juga bahawa hati itu adalah raja kepada badan,raja yang tidak mempunyai kuasa mutlak kepada badan,tapi sahabat semua,dengarlah suara raja itu

akhir kata,ingin dikongsi bersama sahabat sahabat semua “satu alasan yang diberikan ke hadapan ,akan membuatkan kita mengundur sepuluh langkah ke belakang”..wallahu’alam

0 comments: