BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Wednesday, June 17, 2009

Jangan jual mahal sangat...


Jangan jual mahal sangat..perkataan ini sering kali kita dengar bila wujudya golongan yang tawar menawar..biasalah..manusia ada pelbagai jenis..ada yang mengambil berat tentang harga dan ada pula yang tidak endah langsungg tentang harga..namun begitulah lumrahnya..kalau di pasar..tiada masalah bagi golongan pembeli nak tawar menawar kerana ianya masih boleh dirunding dengan peniaga..Tapi jangan sesekali kita lakukannya di mall or tempat tempat shooping yang grand..sebab nampak sangat kita ni macam orang kampung.Teringat kisah masa aku dengan kawan pergi cari makan di Mid Valley lewat tenga malam.Kami cari di manakah ada jual makanan berlauk murah murah.

Kami singgah di care four..kami terlihat ada gerai yang menjual makanan seperti nugget,meat ball.kulat.ayam dan banyak lagi..kami teragak agak nak ambil kerana harga yang dipaparkan mahal sedikit dan ada sebahagian dibayar berdasarkan timbangan..dalam keadaan kami berkira kira nak ambil makanan tu,salah seorang dari kami ambil plastic dan isi banyak banyak makanan itu.Kami terkejut kerana jumlah yang perlu dibayar agak mahal berbanding apa yang kami beli di café kolej.Salah seorang dari kami juga ada membeli nugget.

Ketika kami sedang makan di bilik (kami bekerja sebagai volunteer dalam satu event dan diberikan penginapan di hotel),salah seorang dari kami mengatakan,”nugget tu tak sepatutnya harga rm1”.Lalu aku menjawab “standard lar rm 1 sebatang 3 ketul nugget”..kawanku yang tadi membalas “mana boleh jual begini..tak adil,nugget tu entah berapa hari dah dekat tempat jualan tu,asyik nak panaskan dari hari ke hari jika tak dibeli”..betul juga kata kata kawanku itu..harga yang ditawarkan mestilah berkadaran dengan kualiti sesuatu barang.

Begitu juga dalam urusan perkahwinan,ada pihak perempuan menawarkan kadar mas kahwin yang tinggi dan ada pula yang sekadarnya.Ada seorang kawanku berkata “ayah saudara aku nak kahwinkan anak perempuanya dengan lelaki yang mampu beri rm5000 sebulan kt dia”.Tak masuk akal bukan,menggunakan anak sebagai penyambung rezeki.Tak salah,tapi seolah olah memperalatkan anak perempuan demi kepentingannya..

Sebenarnya post aku kali ini just nak kongsikan tentang betapa mahalnya kita di pandangan Allah dan ada kalanya kita menjadi sangat hina di pandanaganNya.Buktinya Dia telah befirman dalam surah At Taubah ayat 111 yang bermaksud

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”
Lihatlah wahai sahabat semua,Allah membeli kita dengan syurgaNya yang tiada bandingan.Apa yang patut kita lakukan adalah hanya berjuang di jalanNya dari aspek jiwa,harta,masa,idea dan sebagainya semata mata nakkan kita dibeli oleh Allah.Bukanlah bermaksud di sini hanya golongan kaya sahaja yang boleh melakukan jual beli ini,bukan harta yang menjadi ukuran bagi jualan ini,tapi hati kita,iman kita,taqwa kita wahai sahabat semua.Sebagai contoh jika kita nak menderma,maka di situ ada 3 fasa ujian yang akan berlaku..

Pertama “sebelum memberi” – kita akan berkira kira samada nak dermakan sedikit atau banyak-
kedua “ketika memberi” –samada kita rasakan pemberian kita itu orang lihat atau tidak-
ketiga “selepas memberi” – samada selepas kita member,kita mengunkit dan menceritakan kepada orang lain.

Sebab itu wahai sahabat semua Allah memulakan firmaNya dengan wahai orang orang yang beriman,bukanya wahai orang yang berharta,atau orang yang kuat.Pokok pangkalnya adalah berbalik kepada hati atau jiwa kita,adakah kita dah sedia untuk bekorban di jalanNya atau masih lagi ragu ragu.Dan semua ini bergantung kepada keberkesanan proses tarbiyyah pada hati,Dan ia kadangkala memerlukan masa yang panjang dan adakalanya dalam masa yang singkat.Semuanya bergantung kepada rahmat Allah yang membuka pintu hati manusia.

Maka dengan itu wahai sahabat,marilah sama sama kita proses hati kita dan menyerahkan segala galanya dengan tarbiyyah atau didikan Allah.Allah telah befirman “acuan (didikan) Allah,dan acuan (didikan) siapakah yang lebih baik acuanya(didikan) dari Allah.

Akhir sekali sahabat semua.janganlah kita terlalu berkira kira dan jula mahal dengan Allah dalam hal keduniaan ini.

0 comments: