BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Tuesday, July 7, 2009

wahh...!!



Hari ni hari pertama aku belajar bahagian majoring aku..yang aku duk target dari asasi lagi.Aku minat bidang zoology kerana aku ingin me”relate”kan keunikan makhluk ciptaan Allah.Hari ini aku belajar subjek biologi serangga yang lebih senang aku panggil insect.Hari ni just pengenalan dan proforma tentang subjek ini dibentangkan.Disamping itu, pensyarah aku ada menyentuh perkataan perkataan yang jarang kami dengar dan akan kami temui.

Aku akan cuba me”relate”kan segala apa yang diajar dengan kekuasaan Allah.Sebagai contoh,pensayarah aku(Prof Dr Mohd Sofian Azirun) mengutarakan satu persoalan yang mana akan sama sama kami akan dapat pelajari pada sesi pembelajaran
seterusnya.Soalanya “bagaimana nyamuk yang kecik dan lembik itu dapat menembusi otot kita untuk menghisap darah kita”Aku juga berasa hairan bagaimana proses itu berlaku.Ianya umpama kita menggunakan straw untuk menembusi dinding simen.Peratus untuk menembusi dinding itu dengan menggunakan straw amat tipis,tapi lihatlah betapa uniknya ciptaan Tuhan yang kecii itu.Bukankah itu salah satu kebijaksanaan Allah dalam cipataaNya.

Seterusnya kami juga diajar serba sedikit tentang bagaimana caranya sebelum nyamuk akan menghisap darah kita.Maksudnya bagaimanakah ia nak pastikan tahap keselamatan ia terjamin dari dipukul oleh kita semasa kita tidur.Pada kebiasaanya,nyamuk itu akan terbang di tepi telinga kita untuk menghasilkan bunyi.Jika kita ada tindak balas dengan bunyi itu,maka tahulah ia bahawa kita masih lagi sedar dan itu bukan masa yang sesuai untuk menghisap darah kita.Kerana ia bimbang kita akan membununya ketika mana ia sedang hisap darah kita.Minat aku semakin bertambah untuk terus mengkaji keunikan ciptaan Allah ini.

Seterusnya aku masuk ke kelas subjek ecology marine yang mana mengajar aku tentang interdicipilinary aspect.Ianya diajar oleh seorang Prof Madya Dr Chong Ving Ching.Ianya merupakan satu bidang kajiayang mengkaji tentang perhubungan oseanogarphy geologi,kimia,fizikal dan biologi.Penerangan tadi agak ringkas dan aku tidak dapat menumpukan perhatian 100% kerana mengantuk.Beliai ada menerangkan apa itu global warming da sebabnya.Beliau menekankan fungsi lautan.Global warming adalah disebabkan kandungan karbon dioksida terlalu banyak di udara sekarang dan lautan akan berfungsi sebagai sinki karbon dioksida untuk mengawal atur keseimbangan kandungan gas dalam udara.

Beliau juga mengatakan bahawa pada dulunya keseimbangan gas dalam udara dah stabil,tapi disebabkan manusia,kandungan gas karbon dioksida dalam udara tidak stabil.Sebagai contoh,karbon dioksida dah termendap dalam tanah dalam bentuk fosil tumbuh tumbuhan dan haiwan yang dah lama mati.Tapi disebabkan manusia mencipta kenderaan dan kenderaan memerlukan petrol untuk bergerak,maka bangkai dan tumbuhan yang dah reput dikorek kembali dan hasilnya petrol digunakan.Dan petrol yang terbakar akan membebaskan karbon dioksida ke udara dan menyebabkan kandungan karbon dioksida melebihi dari aras yang sesuai.

Dan di saat itu,aku teringat akan firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 12 dan 13

[11]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
[12]
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Mereka beranggapan bahawa mereka dapat mencipta sesuatu yang baik dan mengabaikan kesanya pada alam pada mulanya.Hinggalah muncul golongan yang membela akan kerosakan yang telah dilakukan ini.Namun manusia yang hanya menurut hawa nafsu dan berkepentingan diri sendiri tidak menghiraukan langsung suara suara pembela ini.Maka tunggulah azab dari Allah berupa El Nino dan bermacam lagi yang tidak kita sedari.Maka pada masa itulah golongan ini akan mula menunding jari dan menyalahkan golongan yang selama ini mereka sanjung.

Jadi sahabat semua marilah kita sama sama lihat kejadian Allah yang unik.Manusia pun tidak mampu untuk menandingiNya.Maka berserah dan berimanlah kepada Yang Maha Bijaksana.Wallhu’alam

0 comments: