BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Friday, July 3, 2009

Pendidik VS Guru



Hermm..cikgu?guru?pendidik?ustaz?banyaknye lar istilah yang digunakan untuk melambangkan pekerjaaan yang sama ni.Sebenarnya aku pun bercita cita jugan nak jadi cikgu.Sebab bile jadi cikgu,kita boleh tahu perangai anak anak muda zaman kita nanti (bila kita dah tua la).Lagipun Saidina Umar pernah berkata “didiklah anak anakmu sesuai pada zamanya”.Bukan senang kita nak didik anak kita nanti,sebab kita nak tahu jiwa mereka dan cuba isi jiwa mereka dengan pengisian yang betul,tapi melalui cara yang sesuai dengan zaman mereka.Maknanya kita jdi cikgu bukan sekadar dalam kelas,tapi di luar kelas pun,kita masih berhubung secara tidak formal.Macam cerita cili padi..hehe

Kita patut respect ayah dan mak kita kerana berjaya didik kita sampai tahap kita masih ada sense terhadap Islam dan mahu mengikuti agama ini walaupun kita lihat pada masa kini,masih ramai yang pandang serong terhadapa agama walaupun orang islam sendiri.Kerana apa??kerana peranan guru yang hanya mengajar,bukan dalam rangka untuk mendidik.Kebanyakan mereka bermatlamatkan habiskan silibus pengajaran dan cukup masa.Kerana bagi mereka,anak anak muda sekarang teruk dan nakal.Lagi lama bersama mereka,lagi mendatangkan masalah.

Kata Iman Ghazali “pendidikan adalah satu proses menyemai budi pekerti kepada manusia yang mana dengan proses ini,mereka dapat membezakan baik dan buruk”.Jadi apa yang aku faham,Imam Ghazali ingin mengatakan bahawa,proses pendidikan penting dalam membentuk generasi yang dapat membezakan baik dan buruk.Dan sudah tentulah ianya berkait rapat dengan akhlak.Kerana dengan akhlak,kita dapat membezakan baik dan buruk.

Menjadi guru juga dapat memenuhi apa yang disabdakan Nabi “jika mati anak Adam itu,maka terputuslah segala galanya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat”Jadi kerja sebagai guru ni boleh dianggap melabur saham di akhirah.Kerana ada satu istilah yang dipanggil pahala dan dosa kering.Pahala kering ni boleh ditakrifkan sebagai jika kita ajar seseorang dengan kebaikan,dan orang yang kita ajar itu amal dan ajar kepada orang lain dan orang lain amal sehinggalah dia ajar kepada orang yang seterusnya dan mereka amal,maka secara tidak langsung,kita akan mendapat pahala kebaikan yang mereka amal walaupun kita tidak pernah bertemu mereka.Begitulah juga dengan dosa kering.

Jadi,bayangkan dengan menjadi guru,lagi lagi guru tadika,kita ajar mereka mengenal huruf,dan ianya adalah satu langkah untuk seseorang itu menjadi doctor,peguam atau apa apa pun.Tapi tidak kesemua dari mereka akan berjaya menjadi apa yang diimpikan.Ada juga dikalangan mereka akan menjadi perompak,hackers,atau penjenayah yang mempergunakan ilmu yang dimiliki.Tapi di sudut ini,guru guru yang mengajar tidak bersalah kerana sudah pasti tujuan mereka mengajar bukan mengharpkan anak didikan mereka menjadi golongan yang sebegitu.Nabi juga pernah bersabda “sebaik baik kamu adalah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain”.Jadi sudah tentu guru juga termasuk dalam golongan ini.

Tapi masalah yang cuba diutarakan dalam posting kali ini adalah guru VS pendidik.Memang ramai golongan yang layak bergelar guru,tapi hanya sebahagian sahaja yang mampu untuk bergelar sebagai pendidik.Kerana pendidik memerlukan banyak pengorbanan dan mereka faham hakikat pendidikan seperti mana yang telah diberitahu oleh Imam Ghazali tadi iaitu ingin melahirkan generasi yang dapat membezakan baik dan buruk.Jadi mereka yang mendidik dari sudut inilah layak untuk dipanggil pendidik.Kerana bukan senang untuk kita membentuk manusia yang mempunyai hati yang pelbagai.Ada di kalangan mereka mudah menerima apa yang kita sampaikan dan ada pula yang tidak mahu dan memerlukan masa yang panjang.Golongan pendidik harus menelan semua kepahitan dalam pendidikan bukannya melepaskan dendam atau terus putus asa dan melabel sebahagian dari pelajar.

Banyak dari mereka bergelar guru masa kini.Bukan hanya manusia,malah alatan elektronik pun sama.Umpamanya televisyen,handphone,walkman,dvd dan banyak lagi.”Guru guru” inilah yang mengajar anak anak muda dengan perkara perkara yang luar batas.Yang mana menyukarkan lagi golongan pendidik mendidik anak anak muda.Kerana anak muda berkehendakan guru yang ikut kehendak mereka,ikut jiwa mereka yang telah dikuasai nafsu.Mereka tidak sukakan guru yang bersifat mengongkong.Maka “guru guru” seperti inilah menjadi pilihan mereka.

Untuk memenuhi kata kata imam Ghazali tadi,pendidikan yang patut diutamakan adalah pendidikan akidah,yang mana dapat mengawal segala gerak geri mereka.Dengan pendidikan ini,mereka akan berfikir jika ingin melakukan sesuatu.Mereka akan memikirkan tentang kenikmatan syurga dan kepedihan azab neraka.Sebagai contoh,mungkin ada sebahagian dari kita dan tidak lupa pada diri ini memandang rendah dengan amalan sunat dan mengabaikannya.Kita tidak tahu samada kebarangkalian amalan sunat yang kita lakukan itulah akan menyebabkan kita masuk syurga.Begitu juga dengan amalan jahat yang mana bagi kita ianya benda kecil,tapi hakikatnya membawa impak besar kepada saham kita.Umpama mengumpat.Lihat seperti senang dibuat,tapi dengan mengumpat,ianya akan memufliskan amal golongan pengumpat ini.wallhu’alam

0 comments: