BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Friday, July 17, 2009

Upgrade anti virus


Virus??skg ni kn ada ada je virus baru..benda nye kecik,tapi impak die besar..kadang kadang kita ni selalu pandang rendah benda benda kecik kan?lagi lagi dalam kehidupan junior senior.Selalunya senior sangat angkuh biarpun salah.Apa yang mereka pentingkan adalah maruah mereka.Sebagai senior yang professional,kita hendaklah turunkan ego kita dalam usaha untuk membaiki diri kita.Dan bukan senang bagi seseorang itu untuk merendahkan ego seniornya melainkan hati mereka telah terdidik dengan keimanan.

Pernah pada suatu ketika khalifah Umar Abdul Aziz didatangi oleh seorang remaja yang masih muda.Kedatangan pemuda itu adalah semata mata untuk member pandangan bagaimana nak selesaikan masalah yang sedang dihadapi khalifah itu.Namun khalifah umar abdul aziz berkata “siapakah kamu wahai anak muda,masih muda tapi nak beri cadangan kepada beta?”lalu jawab pemuda itu.”jika umur yang menjadi ukuran tuanku,maka ramai lagi orang yang lebih berusia dari tuanku yang berada di luar sana lebih berhak untuk memegang jawatan tuanku”.Lalu mengalirlah air mata seorang khalifah mendengar kata kata itu.

Berbalik kepada virus tadi,sekarang ni kita digemparka dengan virus H1N1 yang semakin menular ke dalam kehidupan kita dan cara penyebaranya juga sangat mudah iaitu melalui udara.Mana mana individu yang demam dan setelah diperiksa doctor dan disahkan ada symptom symptom H1N1,maka dia akan dikuarintinkan bagi mengelakkan penyakit itu tersebar.Sungguh prihatin dan berhati hati manusia dengan penyakit berjangkit ni kan?berbagai usaha dijalankan bagi mengekang dan mencari vaksin bagi penyakit ini.Penyakit penyakit ini adalah lebih baik kita cegah dahulu sebelum ianya menjadi penyakit pada diri kita.

Tapi bagaimana pula dengan penyakit hati?baru baru ni aku ada mendengar satu kuliah berkaitan dengan persoalan hati.Banyak yang telah dikongsi dengan kami.Apa yang kami perlu lakukan adalah kena upgrade anti virus hati ni.Bukan senang kita nak jaga hati kita ni pada zaman sekarang.Terlalu banyak perkara yang boleh mendatangkan penyakit kepada hati.Sebagai contoh dalam aspek sebagai seorang siswa yang belajar ni university yang pelbagai kaum.Dimana mana sahaja terdapat kaum kaum yang mendedahkan aurat.Aku masih tidak faham apa yang best sangat mendedahkan aurat ni.

Tanda tanda hati kita sakit adalah kita tidak merasa akan kemanisan beribadah.Sebagai contoh,kita solat,tapi solat kita selalu nak cepat cepat.Solat kita tidak dapat mencegah kita dari kemunkaran.Jika kita lihat sekarang,kita berada di penghujung rejab,tak berapa lama lepas ni,masuk ramadhan.Cuba kita lihat,berapa ramai yang menunggu kehadiran ramadhan dan bersedia untuk menempuhnya dan berapa ramai yang mengeluh dengan kehadiran bulan mulia itu.

Orang yang mengeluh inilah dikatakan orang yang tidak berfikir panjang kerana mereka hanya berpandangan pada luaran sahaja.Beranggapan ramadhan bulan seksa perut.Mereka tidak melihat kepada ganjaran pada bulan Ramdhan yang berlipat ganda.Sebagai seorang yang berpandangan jauh,adakah patut bagi kita untuk mengeluh jika sesuatu ganjaran datang kepada kita?

Semuanya ini bergantung kepada masalah hati.Berikut adalah antara anti virus yang dicadangkan oleh beberapa ulama’

1-Baca alquran

Dengan membaca Al Quran,kita dapat menggilap hati yang telah ternoda dengan titik hitam.Mulakanlah dengan membaca dan jika boleh,kit abaca dengan terjemahan agar serba sedikit dapat member kesan kepada hati.Nak baik lagi,kita buka kitab tafsir,lihat apa sebab turun ayat itu dan dari seerah sahabat itu,dapat kita menambahkan keimanan kita terhadap Allah.

2-zikir kepada Allah

Dengan meingati Allah,kita akan lebih berhati hati dalam segala perbuatan.Kerana dengan mengenal Allah,kita dapat mengetahui sifat penyayang dan pengampun Allah dan dapat tahu azab azab yang akan disediakan olehNya kepada kita jika kita tersasar dari syarakNya

3-ziarah orang sakit

Ziarah orang sakit termasuk juga dalam hak muslim kepada muslim lain.Dengan melihat orang sakit,maka kita akan merasakan syukur kerana tidak mendapat penyakit itu.Kerana sakit itu kita tidak tahu kadarnya sehinggalah kita sendiri yang menghidapnya.Dan sihat kita jarang kita hargai.Teringat sebuah syair arab “mahkota sihat,orang sakit je nampak”

4-hantar jenazah ke kubur

Hantar jenazah ke kubur adalah salah satu cara kita nak rawat hati kita.Tapi dengan syarat,kita selami hakikat kematian.Bukan dengan meanggap “biar lar dia,dah sampai masanya”.Maka pentarbiyahan tidak akan berjalan kerana ianya terhenti disitu.Kerana kematian adalah sebaik baik peringatan kepada kita kerana penyesalan pada ketika itu sudah tidak berguna lagi

5-berpuasa

Dengan berpuasa,kita dapat melemahkan syaitan2 yang berada dalam tubuh kita kerana mereka berjalan dalam aliran darah kita.Kenyang adalah kunci bagi syahwat.Maka untuk kekanh syahwat,kita kena berlapar
Moga moga dengan anti virus ini,kita dapat menghalang hati kita dari terkena virus virus hati….Wallahu’alam..

1 comments:

maldinifaridkamil said...

gune kaspersky boleh x??