BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Sunday, June 8, 2008

Peringatan yg ingin dikongsi

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh..?harap sahabat dapat jawab salam diri ini dengan penuh kerana masyarkat sekarang tidak menitik beratkan apa yang wajib..tahukah wahai sahabat sekalian bahawa menjawab salam itu adalah wajib sedangkan memberi salam pula hanya sunat..benarlah apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W "Tidak beriman seseorang itu sehinggalah mereka berkasih sayang?mahukah aku tunjukkan kepada kamu semua amalan yang boleh menyebabkan kamu semua berkasih sayang?sebarkanlah salam antara kamu"nah..!!itulah dia wahai sahabat sekalian,jika seseorang itu memberi salam manakala yanag diberi salam itu mendengar tapi tidak menjawab,maka berdosalah bagi mereka yang diberi salam itu..namun begitu wahai sahabat sekalian,perkara ini sudah dianggap remeh sebahagian dari kita..dimanakah kemuliaan kita sebagai islam?apakah syiar islam yang mudah bagi kita untuk kita amalkan..?teringat cerita yang disampaikan oleh seorang sahabat,betapa cintanya sahabat Rasulullah kepada baginda hingga sanggup mengikut setiapa gerak geri Rasulullah.Pernah satu ketika,Rasulullah menunggang unta dan unta baginda mengelilingi satu tempat,sebanyak 2 kali sahabat baginda juga mengelilingi temapat itu 2 kali dengan menaiki unta..umpama beliau tidak mahu terlepas walau satu langkah Rasulullah..tapi wahai sahabat sekalian..dimanakah letaknya rasa cinta kita terhadap baginda Rasulullah??bagaimanakah kita hendak mencntai baginda sedangkan kita tidak pernah bersua dengan Baginda..hanya satu jalan sahaja untuk mencintai Rasulullah,iaitu dengan menyingkap kembali seerah baginda dan para sahabat...ada dikalangan kita beralasan."jika aku hidup di zaman Rasulullah,nescaya aku juga akan beriman seperti para sahabat baginda"..tapi adakah kita pasti kita akan tergolong di dalam golongan para sahabat yang mencintai baginda??di zaman permulaan islam,penentangan terhadap penyebaran adalah secara fizikal,lebih berupa kepada penyiksaan badan.adakah kita sanggup?tambahan pula ia adalah satu agama yang baru dan banyak mencanggahi amalan nenek moyang jahiliyyah,,adakah kita akan terima agama baru,yang mana akan menyebabkan keluarga akan bercerai,berpisah???atau kita akan tergolong dalam golongan yang menentang penyebaran Islam???sahabat rasuluulah pada ketika itu dididik dalamanya atau keiman atau aqidah,dan kekuatan aqidah akan menyebabkan segala ancaman luar dapat dia atasi..bersyukurlah wahai sahabat,kita hidup di zaman ini,yang mana Al quran sudah lengkap diturunkan,hadith nabi sudah banyak diketahui kita..yang selebihnya adalah mujahadah dan istiqamah kita dengan janji janji Allah..semuanya sekarang bergantung kepada diri kita..ana rasa sekian sahaja untuk coretan dari diri yang lemah ini..sebarang kesilapan dan kelemahan adalah silap diri ini dan bukanlah diri ini sempurna..sama samalah kita saling berpesan antara satu sama lain..wallhu’alam..

0 comments: