BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Tuesday, June 10, 2008

kerja kosong!!! kerja kosong..!!

Kerja kosong..!!!kerja kosong..!!!sesiapa di sana yang sudi menjawat jawatan kerja kosong ini,kerja ini memerlukan pengorbanan dari anda semua tapi ianya tidak memberi kemewahan kepada anda dengan cepat..!!kerja yang dimaksudkan adalah bomba..tidak mengira kelulusan dari mana2 universiti serta akademik..apa yang diperlukan adalah ilmu , pengorbanan serta kesabaran yang tinggi..

Sahabat sekalian..apa yang cuba dikongsi disini adalah bomba masyarakat..saya terpanggil untuk menulis sedikit pandangan yang ingin cuba dikongsi dengan para sahabat apabila teringat kata2 seorang sahabat saya “sesunguhnya dunia islam itu sedang marak terbakar,maka tuanglah air untuk memadamnya walaupun sedikit”.tentu sahabat sekalian tahu tentang kisah Nabi Ibrahim yang dibakar.Pada masa itu burung pipit telah berusaha memadam api yang sedang marak membakar Nabi Ibrahim dengan hanya mengambil air menggunakan paruhnya dari sungai dan menyimbah api itu.terfikir juga,adakah mampu atau adakah ada kesan kepada api yang besar itu..ingatlah wahai sahabat sekalian,ALLAH tidak melihat kepada natijah pekerjaan seseorang itu,tp ALLAH tengok kepada usaha yang dilakukan oleh hamba itu.

Jadi inilah tugas kita,kita mempunyai ilmu agama,bukanlah ilmu itu digunakan untuk kita seorang sahaja,tapi untuk semua kerana ilmu jika tidak disebarkan,maka ianya akan terhapus jika kita sudah meninggal.Imam Syafie pernah berkata “air yang mengalir itu lebih baik dari air yang bertakung,” ini kerana air yang mengalir boleh memberi manfaat kepada makhluk lain dan air bertakung,lama lama akan menjadi busuk.

Masyarakat sekarang sedang nyenyak tidur dan sedang bermimpi dan menyangka menuju ke taman yang indah,tapi malangnya mereka sebenarnya sedang bergerak menghala ke arah api yang panas,jadi inilah tugas kita mengejutkan mereka yang sedang menghala ke arah sana dan menyelamatkan mereka yang sedang terbakar.tugas ini memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang tinggi.ramai dikalangan bomba generasi muda ingin melihat mangsa kebakaran selamat dengan cepat tanpa rasa sabar.jika tidak dapt selamat dengan cepat,mereka akan meninggalkan mangsa itu dibakar habis2 oleh api.

Abbas Assisi pernah berkata “manusia yang hidup itu sedang lena tidur dan akan tersedar apabila mereka sudah mati”.maka kesedaran yang lewat ini sudah tidak mempunyai nilai apa2 kerana sudah diberi peluang di dunia untuk bersedia menghadapi hari itu.firman ALLAH dalam surah sajadah ayat 12 “alangkah ngerinya sekiranya kamu melihat ketika orang2 yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan nya dan berkata ya Tuhan kami,sesunguhnya kami telah melihat dan telah mendengar,maka kembalikanlah kami ke dunia,kami akan mengerjakan amal soleh,sesunguhnya kami kami adalah orang2 yang yakin”.

Ingat wahai sahabat sekalian,mereka ini mampu menarik kita sekali masuk ke neraka dengan mendakwa kita tidak pernah mendakwah mereka.antara factor yang menghalang kita untuk berdakwah adalah kita takut orang memandang rendah kepada kita.saya juga tak terkecuali dari masalah ini.marilah sama2 kita renung kembali firman ALLAH dalam surah mujadalah ayat 10 “sesungguhnya bisikan dari syaitan itu supaya orang2 yang beriman berduka cita,sedang bisikan itu tiadalah memberi apa2 mudarat sdikit pun kepada mereka,kecuali dengan izin ALLAH dan kepada ALLAH lah hendaknya orang2 beriman bertawakal”.

Sudikah anda semua bergabung untuk mengisi kekosongan kerja bomba ini???kerja ini membawa pulangan yang besar kepada kita semua insya ALLAH.seorang penyair islam berkata “bergabunglah kamu semua seperti atom2 karbon yang bersatu membentuk permata,yang mana tempatnya di mahkota raja,menjadi kemuliaan kepada orang ramai,dan janganlah kau semua menjadi atom2 karbon yang bergabung membentuk arang batu yang hanya tunggu untuk dibakar sahaja”wallahu ‘alam..

0 comments: