BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Thursday, January 1, 2009

Tahun baru yang ditunggu tunggu...

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).as saff :8

“Selamat tahun baru semua,moga panjang umur,moga tahun yang sudah membawa banyak pengajaran kepada kita dan berpeluang untuk baikinya tahun ini.Pasang azam baru.”

Demikianlah sebahagian kata kata yang dapat didengari semalam sempena tahun baru.Semua rakyat Malaysia sibuk dengan urusan masing masing.lagi lagi musim buka sekolah hamper tiba.Ramai yang keluar shopping beli keperluan belajar anak anak.Tapi pedulikah kita tentang suatu isu yang lebih penting??kebetulan atau dalam perancangan,Israel sedang membinasakan tanah palestin beserta dengan penduduknya yang tak berdosa.

Kita pula disibukkan dengan persiapan menyambut tahun baru yang bagi aku langsung tak penting.Jika kita lihat,budaya ini diambil dari dunia barat yang tak tahu apa apa dan hanya untuk berseronok.Jika dilihat dari sudut islam,tapi bukan hanya jika,tapi sepatutnya kkta lihat dan amal dari sudut islam,hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini..Insya Allah..bukan hanya menunggu kedatangan tahun baru yang mana ada dikalangan masyarakat menunggu saat tahun baru itu peluang untuk melakukan maksiat.Seolah olah pada malam tersebut,tiada batas yang memisahkan mereka untuk berbuat apa sahaja tanpa mengira dari sudt kaca mata syara’.

Malam tahun merupakan malam yang bermakna bagi kebanyakan rakyat Malaysia.Malah ada pada malam itu di hiasi dengan maksiat.Dengan penganjuran konsert yang entah apa apa,mengheret mereka menunggu seawall jam 6 hingga lewat pagi..dengan solat yang terabai kerana mementingkan apa yang lebih penting..sebab itu kita digalakkan berdoa “Ya Allah ya Tuhanku,aku berlindung dari menyekutukan Mu dalam keadaan kami sedar dan tidak sedar

Pada malam itu,ramai yang akan lupa diri dan asal usul..Namun begitu,masih ada sebahagian kumpulan yang bertindak bertentangan dengan budaya masyarakat sekarang iaitu kumpulan yang datang untuk mencegah maksiat berluasa sewenang wenangya.Kerna dikhuatiri Allah akan turunkan bala kepada seluruh tempat itu tanpa mengira samada ia soleh atau tidak.Inilah juga yang dinamakan fardhu kifayah.golongan inilah yang mana termasuk dalam golongan GHURBATUS TSANIYAH

Jika kita lihat,golongan kafir telah merancang selicik licik dan sehalusnya halusnya untuk menjauhkan muslim dari alquran dan ingin memisahkanya secara penuh.benarlah apa yang teah dirakamkan Allah dalam surah as saff ayat 8 di atas tadi.golongan ini berusaha untuk memadamkan cahaya Allah dengan mulut mulut mereka.sebagai contoh,jika kita lihat di Malaysia sendiri,jika diadakan konsert yang mana artis luar dijemput,maka berduyu duyunlah rakyat Malaysia menempah tiket dan datang untuk menyaksikan konsert itu.Tapi bagaimana dengan program yang berunsurkan tarbiyyah,sebagai contoh forum perdana hal ehwal islam..adakah yang datang itu seramai konsert jahiliyyah?datang seawal konset jahiliyyah..lihatlah betapa berjayanya orang kafir memisahkan kepekaan umat islam terhadap agamanya sendiri sehingga hanya menggunakan mulut sahaja,umat islam dah jatuh…Na’uzubillahi min dzalik..wallhu’alam..

0 comments: