BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Wednesday, January 7, 2009

Teguran itu...


Dah lama rasanya tak tulis dalam blog ni..mgkin sebab bz dengan kehidupan awal sem yang memerlukan pangaturan kelas..Namun begitu,agak bertuah terpilih untuk berada dalam kos yang dipilih ini kerana masing masing mempunyai talian ukhwah yang erat dan ambil tahu masa depan kos dengan mengadakan perbincangan dengan senior kos masing masing.Hari ini masuk minggu kedua kuliah dan kami bertuah kerana dapat berkenalan dengan seorang student Yaman yang mana pernah menjadi pensyarah di salah satu institusi pengajian tinggi d kelanatan dalam bidang agama.

Pada mulanya kami meminta agar beliau memperkenalkan diri beliau kepada warga kos kami dan menceritakan serba sedikit tentang diri beliau.Kemudian beliau meminta izin untuk menyampaikan sedikit tazkirah berkenaan isu Palestin.Namun sayangnya kami hanya faham sedikit sahaja apa yang cuba disampaikanya kerana beliau menggunakan bahasa arab.Kami ada sedikit masalah dalam memahaminya kerana sudah lama kami meninggalkan pelajaran bahasa arab sehinggakan ada daripada kami yang mengatakan sampai terbelit lidah lidah nak sebut kalimah arab.Lihatlah sahabat semua betapa berjayanya kaum kuffar mengubah kita tanpa kita sedari.

Antara apa yang dapat difahami dari tazkirah ringkasnya itu,beliau bercerita tentang nasib saudara seagama kita di Gaza.Mereka semua memerlukan pertolongan kita.Tapi apakah yang dapat kita bantu..?Adakah berdaya untuk kita menolong mereka?Beliau juga persoalkan tentang jumlah kaum muslimin di dunia ini dan membandingkanya dengan jumlah penduduk Israel di Israel.Kemudian beliau membandingkan dengan tentera tentera badar yang melawan kaum kafir dan sekaligus menang dalam pertempuran awal dalam sejarah Islam.Beliau juga mengingatkan kami semua tentang hadith Nabi yang bermaksud “Akan dikelilingi umat islam pada satu ketika nanti orang kafir umpama dikerumuni makanan oleh bintang yang lapar?kemudian sahabat bertanya “Adakah disebabkan jumlah mereka sedikit? “jawab Nabi “ Tidak,malah banyak seperti buih di lautan,yang hilang dipukul ombak”

Kemudian beliau mengingatkan kami tentang kedudukan kami sebagai student pengajian islam.Beliau mengingatkan kita bahawa tanggungjawab kita berat.Patut menjadi contoh kepada masyarakat.Namun begitu adakah kos yang kita belajar menunjukkan bahawa itu adalah kita.kita mukmin sejati,??syeikh?? dan sebagainya.walaubagaimanapun ada dikalangan kita yang beribadat semata mata kerana ingin menunjuk kepada masyarakat yang kita ini alim..tapi tidak dari segi batinya.Kami semua terasa apa yang beliau ungkapkan itu dan kami mengakui kadang kadang kami lebih teruk dari masyarakat biasa.

Kemudian beliau memberi sedikit komen berkenaan tindakan masyarakat Malaysia berkenaan isu Palestin.Beliau kurang senang dengan sikap sikap mahasiswa yang mengadakan demonstrasi jalanan.Apa yang diperlukan oleh rakyat palestin bukanlah demonstarsi dan laungan laungan suara.Tapi apa yang mereka inginkan adalah tenaga tenaga kita,bukan sekadar suara.Beliau bertanya kenapa tidak sahaja kita pergi berjihad?takut?.Kita telah dilalaikan denga harta,perempuan,urusan dunia dan banyak lagi.Umpamanya, apabila dalam satu masa itu ada perlawanan bola sepak dan rakyat palestin mati disembelih,ramai di kalangan umat islam mengutamakan dan berduyun duyun pergi ke stadium untuk menyaksikan pertandingan bola sepak dan tidak menghiraukan nasib umat di Palestin,seolah olah tiada hubungan antara kita dan mereka..dimanakah letaknya firman Allah yang bermaksud “ Sesungguhnya mukmin itu bersudara…”

Banyak lagi yang diceritakanya,tapi sayang,kami hanya dapat memahami beberapa isi sahaja dari tazkirah itu dan beliau juga bercakap laju laju dan payah kami nak dengar perkataan yang disebutkanya.Namun begitu,itulah kami,manusia yang serba kekurangan dan kelemahan.Kami bertuah kerana dapat mengenali beliau kerana jiwa arab adalah jiwa yang berkobar kobar,dan ini dapat dilihat dari pidato mereka yang mampu membangkitkan semangat para pendengarnya..Wallhu ‘alam..

1 comments:

Hilal Asyraf said...

Assalamu'alaikum.. ana dah ada website.. langitilahi.com jemput singgah ya.. ana dah tak update blogspot ana.. smg ALLAH redha kita semua

http://langitilahi.com

jom singgah!

~Hilal Asyraf