BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Wednesday, June 10, 2009

natural selection

Salam sahabat semua?maaf kerana lama tidak berkongsi rasa dalam blog ini..diri ini sibuk dan disibukkan dengan perkara perkara yang tidak membina iman..lama lama jadi larut dengan keadaan..teringat dengan subjek biopopulasi berkenaan tajuk natural selection..yang mana membincangkan tentang ciri ciri seseorang itu dibentuk oleh persekitaran..ada 2 konsep dalam natural selection iaitu selected for dan selected against..

Ia menerangkan kepada kita,jika kita dapat sesuaikan dengan persekitaran,maka kita dianggap selected for dan jika sesorang itu gagal sesuaikan diri dengan persekitaran,maka ia dianggap selected against dan akhirnya individu,atau ciri ciri itu akhirnya akan terhapus.sama juga dengan reality sekarang jika dikaitkan dengan hadith Nabi “datangya islam dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang,maka beruntunglah bagi mereka yang dagang”

Jika lihat salah satu keadaan zaman sekarang,hanya segelintir masyarakat sahaja yang datang solat jemaah di surau.kebanyakan mereka lebih rela solat di rumah masing masing dan selesa solat bersendirian,biarpun mereka mengetahui fadilat solat berjemaah.maka golongan yang solat berjemaan di surau dianggap golongan selected against..yang mana golongan ini tidak dapat sesuaikan dengan keadaan zaman sekarang,kerana masyrakat sekarang ramai yang tidak solat berjemaah di surau dan memandang serong mereka yang rajin ke surau..lama kelamaan golongan ini akan ditindas dan akhirnya hilang begitu sahaja.bagi golongan yang percaya kepada janji janji Allah,mereka inilah akan dikenali dengan selected against yang tidak ikut zaman.

Teringat isi isi penting dalam buku “islam dan modenisasi”,yang mana menyatakan moden adalah satu keadaan yang mana menentang tradisonal.memandangkan agama diturunkan pada awal zaman,yang mana pada ketika itu,manusia tiada peradaban lagi dan bersifat primitive.Maka kemodenan yang bersifat mempunyai kehidupan yang berubah,dinamik dan kompleks dari manusia zaman primitive,maka agama dianggap static,mengonkong malah juga jumud telah dianggap memundurkan manusia.Maka sebilangan manusia akan cuba mempertingkatkan diri dengan berfikir menggunakan akal semata mata dan menolak sifat sifat ghaib,maka tehasilah satu keadaan yang mana diistilahkan bagi mereka menolak bimbingan agama sebagai “MODENISASI”.

Maka dengan itu wahai sahabat sekalian,janganlah kita tertipu dengna kemodenan yang dimaksudkan itu,sama samalah kita memodenkan diri kita dengan kemodenan yang telah di islamisasi berpandukan wahyu..insya Allah..

0 comments: