BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Wednesday, July 1, 2009

kerana aku sayangkan kamu...


Baru baru ni,Alhamdulillah aku bersama beberapa kawanku sebagai lepasan bagi sekolah menengah ibnu khaldun telah mengadakan satu Kem Bahasa Arab selama 3 hari 2 malam bermula pada 26.6 sehinggalah 28.6 baru baru ni.Kami rasa bertanggungjawab untuk turun ke sekolah lama kami dalam rangka untuk menabur bakti kepada adik adik kami yang masih belajar.

Perancangan awalnya kami ingin mengadakan kem SMA untuk pelajar tingkatan 4 sahaja.Namun plan berubah kerana untuk score SMA kami rasakan agak lambat.Bukan apa,SMA bermula pada bulan 10 ni dan kami mengadakan pada bulan 6.Agak sukar kami untuk mengfokuskan pada subjek SMA.Lalu kami merasakana ada eloknya kami mengadakan kem yang bertujuan untuk memupuk minat adik adik kepada bahasa arab,dan jika berjaya,hal hal berkenaan SMA insya Allah akan senang.Kerana kami merasakan masalah penguasaan bahasa arab dan tidak minat padanya adalah punca bagi segala galanya.Namun kami tidak menyalahkan bahasa arab itu,tapi persepsi awal pelajar terhadap bahasa arab adalah masalahnya.

Sama juga dengan zaman kami dahulu.Hakikatnya,aku sendiri tidak berapa suka bahasa arab dan tidak pernah mendapat basic arab di peringkat sekolah rendah.Ketika umurku di tingkatan satu,aku terpinga pinga dengan bahasa arab,lagi lagi ustazah yang mengajar kami adalah ustazah yang lahir,dibesarkan dan menetap di sana Jordan lebih dari 23 tahun dan tidak tahu langsung berbahasa melayu.Kedatangan beliau ke Malaysia adalah kerana suaminya adalah orang Malaysia dan berkahwin dengan beliau ketika belajar.

Pada mulanya aku agak tertekan dengan cara pengajaranya kerana totally dalam bahasa arab dan majority dari kami tidak faham apa yang cuba diajarnya.Mujurlah ada dikalangan kami yang agak hebat dalam bahasa arab dan membantu kami menterjemahnya.Aku berasa bersyukur kerana aku telah dikeluarkan dari kelas itu dan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan bahasa arab.Aku tidak tertekan malah aku lebih suka mengikuti pembelajaran di kelas pemulihan kerana cara pengajaran yang dibawa oleh ustaz juga berbeza.

Tidak lupa juga kepada senior yang sudi memberi peluang kepadaku untuk meminati bahasa arab.Aku telah dipelawa untuk berlakon dalam satu pertandingan lakonan bahasa arab.Minat aku semakin bertambah melalui lakonan itu.Dari situ,ukhwah kami tersemai di samping dapat belajar bahasa arab.Jadi apa yang aku cuba kongsi di sini adalah sejarah aku dari aku tidak minat bahasa arab sehinggalah minat bahasa arab.

Namun dalam kem yang aku kendalikan baru baru ini,kami menggunakan pendekatan yang berbeza.Kamu lebih mengadakan aktiviti yang berbentuk game dan pertandingan.Kami nakkan adik adik kami minat belajar bahasa arab.Slot yang kami rasa paling berkesan adalah slot “Ahlan Ila Yaman”.Sungguh riuh ketika itu.Aku terharu kerana pada zaman kami,kami tidak berpeluang belajar sebegitu rupa.Adik adik bercakap arab.Kami tidak kisah walaupun bahasa arab yang digunakan salah,apa yang kami pentingkan adalah mereka berani dan terus minat untuk belajar bahasa arab.Aku sempat berbual dengan seorang ustaz mengenai kem itu.Katanya “al khatak jayyid” “salah itu bagus”.Maka lakukanlah kesalahan.Sepertimana yang kita ketahui dan sering kali kita dengar “kegagalan adalah cikgu yang terbaik untuk mencapai kejayaan”.

Kem yang berlangsung selama 3 hari dan memakan masa cuti hujung minggu adik adik tidak dirasakan bosan.Ini terbukti dengan luahan hati mereka dalam slot akhir “sharing moment”.Ramai pada asalnya tidak mahu dan mengeluh apabila mereka semua diwajibkan untuk menghadiri kem itu.Tetapi selepas mengikutinya,mereka berpuas hati.
Tibalah saat yang paling aku benci.

Saat yang mana mampu membuatkan air mataku mengalir.”salam jamaie”.Aku tidak dapat menahan rasa sedihku untuk berpisah dengan adik adik.Kami bersalaman dan berpelukan.Ketika aku memeluk mereka,aku asyik bayangkan dan selalu bertanyakan kepada diriku “adakah aku masih mempunyai peluang sebegini?dapat memeluk mereka dengan erat dan hati kami berdekatan?aku bimbang kerana setelah menamatkan pembelajaran disitu,mereka akan terdedah dengan fahaman fahaman yang celaru,aku bimbang aku tidak dapat memeluk mereka dalam aqidah yang sama.Cabaran akidah amat kuat di luar.Tidak lupa juga kepada diriku yang serba kekurangan,memerlukan sahabat untuk membimbing dalam setiap apa yang aku lakukan.

Aku bencikan pertemuan seperti ini,pertemuan yang diakhiri dengan perpisahan.Aku tidak tahu samada perpisahan ini adalah perpisahan sementara atau selama lamanya.Semuanya Allah yang aturkan.Aku sayang akan adik adik semua,biarpun hanya 3 hari sahaja aku berkenalan dengan mereka,tapi aku bimbang akan mereka,aku menangis kerana terbayangkan api neraka.Aku bimbang aku tidak dapat menyelamatkan mereka.Aku peluk erat erat setiap dari mereka.Sesungguhnya aku sayang akan kamu semua demi Allah dan masa depan kamu.Semoga kamu semua selamat di dunia dan di akhirat..wallhu ‘alam…

0 comments: