BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Wednesday, July 1, 2009

Takde alasan..


“Ala..boleh laa..dia tu sahabat nabi,boleh lar nak berjihad sampai tahap korbankan harta banyak banyak..boleh berikan segala galanya kepada Islam..lain la kita..zaman kita ni penuh cabaran..iman kita jika nak banding dengan sahabat,macam langit dengan bumi la..”

Demikianlah golongan bagi mereka yang hanya beralasankan zaman nabi dan zaman sekarang adalah berbeza semata mata untuk mengelakkan dari melakukan kerja Islam.Baru baru ni aku ada mendengar sebuah penyampaian yang mana secara tak langsung boleh menggerakkan atau memberikan lebih momentum pada hati kita untuk melakukan kerja Islam.Kisah ini dah masyhur di kalangan kita kerana sedikit sebanyak kita telah didedahkan dengan kisah kisah Nabi.

Post kali ini aku ingin berkongsi mengenai tiada beza antara zaman kita dengan zaman Nabi.Yang membezakan adalah kehendak hati kita.Hati yang belum cukup diproses sering kali mendatangkan banyak alasan untuk mengelak.Hud hud,seekor burung yang biasa kita dengar kisahnya..Selalunya kita dengar cerita tentang ia tidak hadir mesyuarat dengan Nabi Sulaiman.Begitu juga kali ini,aku ingin ceritakan tentangnya tapi dengan lebih mendalam dan melihat dari sudut dakwah dan tarbiyyah.

Suatu hari itu,Nabi Sulaiman sedar akan ketidakhadiran hud hud ke mesyuarat,lalu baginda berkata dan telah dirakamkan dalam surah an Nahl ayat 21 dan 22
“Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat burung belatuk (hud hud)? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?[21]“Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)”.
[22]

Sepertimana yang kita ketahui,Nabi Sulaiman dikurniakan mukjizat untuk berkomunikasi dengan haiwan dan jin.Bayangkan sahabat semua,betapa banyaknya rakyat baginda,namun begitu dalam satu mesyurat,baginda masih sedar akan ketidakhadiran burung hud hud yang kecil.Ini megambarkan betapa baginda mengambil berat akan ahli ahli mesyuaratnya dari segi kedatangannya.

Ayat ini juga mengambarkan kita bahawa Nabi Sulaiman bersifat tegas bagi mereka yang tidak hadir satu perjumpaan penting sehinggakan baginda mengancam untuk menyembelih burung hud hud jika tidak dapat memberikan alasaan yang kukuh.Begitu juga dengan kita wahai sahabat semua,kehadiran kita ke halaqat adalah satu perkara yang wajib,mungkin bagi kita ianya umpama benda yang remeh,kita selalu mengumpamakan diri kita sebagai melukut di tepi gantang,datang tak pe dan tak datang pun takpe..seolah olah tidak memberikan langsung kewujudan kita di situ.

Tapi sedarlah sahabat semua,kehadiran kita ke halaqat merupakan satu perkara yang penting kerana kita adalah umpama duta duta Islam yang hadir ke satu perjumpaan untuk menyelaraskan atau memperbaiki sesuatu masalah yang dihadapi sekarang.Masalah utama yang sedang dihadapi kita sekarang adalah kurang kesedaran kepada Islam.Maka dengan kehadiran kita ke satu halaqah yang mana memperbaiki dan menyucikan jiwa kita,dapat sama sama kita kongsi dengan masyarakat yang masih kabur dengan Islam yang sebenar.

Berbalik kepada burung hud hud,ia bukannya tidak hadir saje2,tapi mempunyai urusan yang penting,sebagaimana yang kita ketahui,ia membawa berita tentang kesesatan yang sedang dilanda kaum syarak.Lihatlah sahabat semua,seekor burung pun dapat membantu dalam rantai rantai Islam.Mungkin jika tidak kerana maklumat burung hud hud itu,niscaya kaum saba’ tidak akan mendapat hidayah dari ALLAH.

Nah..sekarang lihat..Allah telah mengajarkan kepada kita,binatang pun boleh melakukan kerja dakwah,,inikan pula kita..sepatutnya kita lebih ke hadapan berbanding binatang.Takkan kita nak menyerah kalah begitu sahaja kepada seekor burung yang kecil.

Sebenarnya banyak lagi kisah kisah yang dapat mengajar kita erti berada dalam dakwah dan tarbiyyah.Untuk mengetahuinya,kita harus menyingkap kembali Al Quran dan mengetahui tafsir tafsir dari sudut yang pelbagai.Dan antara cara untuk mengetahuinya adalah bergaul dengan golongan yang selalu mendekatkan diri kepada Allah dengan pelbagai cara lebih lebih lagi bagi mereka yang selalu mengkaji tentang Al Quran,barulah hati kita ini dapat diproses.Wallahu’alam.

0 comments: