BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Saturday, October 4, 2008

Aku menjauh Engkau takkan menjauh..


Sayangnya aku pada dirimu,selama kita bertemu untuk tempoh 20 tahun ni,Aku jarang memanfaatkan waktu kita bersama..Walaupun dah 20 kali kita bertemu,tapi aku kurang memanfaatkan masa untukmu..Ku tahu,kedatangan diri mu dalam hidupku bukan suatu kebetulan,tapi telah dirancang oleh yang maha Esa.Aku sering saja memberi alasan untuk menjauhkan diri darimu..Tapi diri mu tidak ambil kisah,tidak ambil hati tentang sebarang alasan yang aku berikan kepadamu,kerana aku juga yakin diri mu hanya berada di sampingku untuk seberapa ketika sahaja,dan diri mu tidak rugi apa apa jika aku melaukan sesuatu,malah aku yang rugi..

Tempoh untuk aku bersama diri mu semakin berkurang,aku tidak pasti apakah perasaan aku ini,adakah aku gembira atau sedih sepeninggalan diri mu dalam hidupku buat seketika atau masihkah ada peluang untukku untuk bersamamu pada peluang yang akan datang.Namun secara teorinya,diriku patut merasa sedih akan kepergiaanmu,Tapi dari segi praktikalnya aku tak tahu dimanakah aku sebenarnya..ramai diluar sana mengatakan diri mu adalah yang teristimewa dan payah untuk berjumpa dengan diri mu,,Namun kedatangan kau bukan untuk diriku sahaja,malah untuk ramai lagi,malah untuk mereka yang lebih menyintaimu lebih dari ku menyintaimu..Aku juga yakin dengan apa yang dikatakan mereka semua,namun hati ini..entah kenapa tidak memaksa fizikalku untuk menerima dan memanfaatkan dirimu yang jarang hadir dalam hidupku..

Aku sedih apa yang aku lakukan untuk tempoh kita bersama,aku rasa aku tidak cukup kuat untuk mendekatimu..Ramadhan..maafkan diriku..aku sedar,aku tak sepatutnya meminta maaf darimu,tapi patut meminta maaf dari diriku sendiri kerna kedatangan diri mu membuka peluang untuk diriku menguatkan hati sekaligus menyenangkan diriku untuk hari yang abadi..aku tidak tahu,kenapa hati aku lebih cenderung memilih kehidupan dunia dari kehidupan akhirat..Aku seringkali diingatkan dengan kenikmatan dan kepedihan pada hari yang abadi itu..Aku syukur kerana aku berpeluang untuk mengetahui serba sedikit tentang pembalasan hari yang abadi itu..Aku rasa terpilih untuk mengetahui serba sedikit tentang hari pembalasan itu,Berbeza dengan kawanku yang jauh dari pengetahuan ini,tapi itu tidak cukup untuk memasukkan ke dalam golongan yang menerima kenikmatan yang tidak mungkin dicapai oleh akal dan tidak pernah terlintas di fikiran diri yang hina ini..yang tinggal sekarang hanya diriku,Diriku yang menentukan samada aku layak menerima kenikmatan itu denga izin yang maha Esa..

Wahai sahabatku Ramadahan,aku tahu tentang kelebihan dirimu,tapi hati ini masih lagi terikat dengan benda yang logik dan konkrit..aku tahu apa yang abstrak tentang dirimu,tapi aku gagal untuk merealisasikan nya..Aku juga pernah menyesal melebihkan dunia aku ni lebih dari aku melebihkan pada saham aku untuk hari pembalasan nanti..Aku sangat berharap agar aku diberi kekuatan yang cukup untuk menghadapimu pada hari pertemuan kita nanti..Aku akan berlatih untuk cuba memikatmu dalam bulan bulan lain sebelum kedatanganmu..Namun aku tahu,dalam bulan lain lebih banyak musuh dan tipu muslihat yang berbagai dan licik memburu aku,,Namun begitu aku memohon kepada yang maha Esa agar dikuatkan hati ini untuk menghadapinya..Aku juga memohon kepada Nya agar kita dapat lagi bertemu untuk tahun berikutnya dan aku berharap agar diberikan kekuatan untuk beristiqamah pada saat kita bertemu nanti dan bukan sekadar tempoh itu sahaja,tapi pada bulan bulan lain juga,,aku berharap aku dapat sahabat yang mampu untuk membimbing aku untuk bertemu denganmu..

Aku berharap agar aku tidak tegelincir dari jalan yang lurus dan tidak mengabaikan segala peluang yang kan mendatang yang telah dirancang dan akan diberikan oleh yang maha Merancang..Aku berharap agar tidak dimasukkan dalam golongan yang hanya diberi ilmu pengetahuan sahaja,Tapi diberi peluang juga untuk merealisasikan ilmu pengetahuan yang diberikan itu untuk berpeluang menunjukkan kehebatan dan keindahan agama yang berpeluang untuk aku anuti..oleh itu wahai sahabat sahabatku,nasihatilah diri yang lemah ini untuk menjadi salah seorang kekasihNya..wallhu’alam..

0 comments: