BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Thursday, October 16, 2008

Golongan sedikit aku citakan..


Jika diberi peluang samada untuk mendapat sesuatu yang lebih banyak atau sedikit,sudah pasti kita lebih memilih kepada sesuatu yang lebih banyak bukan.Aku tak pasti samada kata kata ni merupakan hadith atau tidak tapi aku lebih memilih untuk mengatakan ianya kata kata hikmah “Jika manusia diberi segunung emas,pasti mereka akan meminta segunung lagi”.Manusia memang lebih bersifatkan nak sesuatu yang lebih walaupun jika dilihat ianya sudah mencukupi.

Namun begitu sahabat sahabatku sekalian,masih lagi insan yang ada perasaan atau nilai dalam dirinya untuk merasa cukup apa yang telah dikurniakan.Pernah suatu ketika Saidina Umar berdoa “Ya Allah,masukkanlah diriku ke dalam golongan yang sedikit”.Sahabat yang mendengar ucapan itu terkejut dan melaporkan kepada Nabi Muhammad tentang doa itu.Lalu nabi menjawab,”Apa yang dimaksudkan dengan doa Saidina Umar itu adalah beliau hendak digolongkan ke dalam golongan yang bersyukur” .Kerana amat payah untuk menjadi golongan yang bersyukur.

Nabi sendiri ketika turunya ayat 111 surah Al Imran,baginda menangis ketika bertahajud,digambarkan baginda solat,dan berdiri yang amat lama,ketika rukuk,basah janggut baginda dan ketika sujud juga janggut baginda basah kerana air mata baginda mengalir dengan banyak.Apabila tiba waktu subuh Saidina Bilal datang untuk melaungkan azan dan beliau melihat Nabi junjungan mulia menangis ketika solat tahajud.Lalu beliau bertanya kepada baginda “Ya Rasulullah,kenapa engkau masih lagi beribadat sampai bengkak bengkak kaki sedangkan kamu telah dijanjikan Allah untuk dimasukkan ke dalam syurga?”Lalu muka Nabi menjadi merah kerana marah akan pertanyaan Saidina Bilal,lalu baginda berkata kepada Saidina Bilal “ Salahkah bagiku untuk menjadi golongan yang bersyukur”.Lihatlah sahabat sahabatku bagaimana baginda menunjukkan teladan yang amat baik.Nabi masih lagi kuat beribadat walaupun dijamin masuk syurga dan maksum bagi mengambarkan baginda bersyukur kepada Allah.

Pernahkah kita sewaktu bangun dari tidur,kita melahirkan rasa syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup dalam usaha memperbaikan sahsiah kita.Suka di sini untuk berkongsi dengan para sahabat satu doa dari sebuah hadith yang shohih,maksudnya

Dengan namaMu Ya Tuhanku,aku meletakkan lambungku ini,jika Engkau mengambilnya (roh) maka Engkau ampunkanlah dosa dosanya,dan jika Engkau lepasakanya (roh) maka Engkau peliharakanlah sebagaimana Engkau memelihara hamba hamba Mu yang soleh”

Banyak lagi doa tentang tidur,tapi bagi diri ini lebih memilih doa ini

Hidup di university,merupakan satu cabaran yang amat tinggi dari segi aqidah.Mana taknya,banyak program yang lebih menjuruskan kepada meruntuh jiwa tapi bukan membina jiwa.Jika adapun mesti diselit sama dengan aktiviiti yang meruntuh jiwa.Perlu diberi penekanan di sini bahawa yang hak dan batil tidak boleh duduk selari.Suka di sini untuk berkongsi dengan sahabat sekalian satu perumpamaan oleh seorang pak cik apabila ditanya khabar.Lalu beliau menjawab fizikal Alhamdulillah masih berada dalam keadaan baik tapi jiwa masih lagi tidak tertingkat.Katanya lagi “Islam umpama system badan yang sihat,membuang segala makanan atau bacteria perosak dari badan kerana masih mempunyai system keimunan yang masih lagi tinggi.Namun begitu lama manakah ianya dapat bertahan selagi mana badan itu tidak menerima rawatan atau supply dari doctor.Lama lama badan akan jadi rosak kerana bacteria itu akan mutasi untuk mengalahkan system badan.

Begitu juga dengan jiwa kita,selagi mana ia terus terdedah dengan jahiliyyah tanpa ada usaha memperbaiki dan membina jiwa tiada,maka ia akan lemah dan kalah dengan jahiliyyah.Sebab itu penting bagi kita untuk melakukan amal amal yang membina jiwa seperti menghadiri majlis majlis ilmu.Wallhu’alam…

0 comments: