BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Monday, October 13, 2008

Penyesalan diri..


Seronok rasanya dapat hidup di zaman berteknologi ni,tapi kena pandai guna teknologi dalam memilih..Kali ni aku nak kongsi rasa pasal blog ni..Rasa rugi yang amat kalau kita de nikmat tapi tak guna ke arah jalan yang betul..Teringat tulisan seorang yang aku respek pasal duit,Dia tulis “

2 nilai

Seorang Mukmin yang berpandangan jauh akan melihat duit yang dimilikinya mempunyai 2 nilai. Pertama, nilainya di dunia yakni nilai di mata manusia. Yang kedua ialah nilainya di akhirat kelak iaitu nilainya di sisi Allah swt. Misalnya, sekeping wang kertas berwarna ungu yang tercetak 50 dinar di atasnya pasti mempunyai nilai 50 dinar di mata manusia. Tetapi bagaimana pula nilainya di sisi Allah swt?? Adakah ia bernilai sebuah mahligai di dalam syurga ataupun azab seksa yang menyala-nyala??

Bagi diri aku memang tulisanya menyentuh hati aku,baru aku sedar,semua dari segi teori tahu,tapi dari segi praktikal payah.Bukan apa,kena ada sahabat yang selalu memperingatkan diri tentang hari qiamat.Sahabat umpama ni payah nak cari,mungkin ada yang menyerupainya,tapi sekadar di dalam suasana halaqah sahaja,lepas pada halaqah,suasana peringat memperingati dah hilang..Hanya pandai di mulut dan penulisan,tapi dari segi praktikal dan pergaulan,kurang,perlu diperbaiki lagi

Aku rasa bertuah kerana telah dipilih oleh ALLAH untuk bersama sama sahabat lain di medan ini..Medan yang mana menuntut kepada pengorbanan dan keimanan yang tinggi.Namun begitu,bukan aku selalu dapat menuntut segala tuntutan di medan ini.Hati aku masih lagi di paut oleh dunia yang fana.Masih lagi kurang percaya dengan apa yang telah dijanjikan oleh yang maha Esa.Kadang kadang aku terikut dengan budaya kawan yang entah apa apa.Buat Sesutu perkara tidak berasas dan hanya taqlid buta.Aku menyesal dengan diriku yang terlalu sombong.Sombong dengan yang maha Merancang.Benar sabda Nabi saw “bertaqwalah kamu di mana sahaja kamu berada…”sabdanya agak ringkas,tapi dalam erti kata taqwa,ia sangat meluas.Aku belum mencapai lagi nilai taqwa 100%.kadang kadang aku dapat merasakan Allah maha melihat dan kadang kadang aku tidak merasa akan kekuasaaNya itu.

Aku sedih,sedih dengan diriku yang lemah ini.Mengapa??Aku telah dibentangkan dengan pelbagai medan untuk meningkatkan diri,tapi ada sahaja yang bertindih dengan medan itu dan di saat itu akan lebih mengutamakan apa yang kurang penting.Kerana ia merupakan satu gerak kerja,yang dapat melahirkan natijah yang nampak dan dalam waktu yang singkat sedangkan medan yang sepatutnya lebih aku pilih itu tidak menampakkan hasil yang cepat.Kenapa??kerana hatiku masih lagi kurang percaya dengan janji janjiNya.Ya Allah ya Tuhanku..Engkau kurniakanlah kekuatan bagiku untuk terus berada di atas jalan ini,jalan yang mana menjanjikan kebahagiaan,dan Engkau kurniakanlah juga kekuatan bagiku untuk percaya dengan segala janji janjiMu sekaligus dapat menyentap hatiku untuk beramal di jalanMu.

Diruangan ini,aku cuba juga untuk mencari sahabat sahabat yang dapat merasakan dirinya terpilih oleh Allah.Terpilih untuk menjalankan kerja kerja yang mana menjanjikan kebahagiaan yang abadi,tersentak dengan satu tulisan yang mana amat mengerunkan diriku ini.Biarpun aku tidak mengenali penulis ini,tapi cukuplah sekadar dengan perkongsian rasanya itu.Aku cukup gerun,gerun jika aku tidak terpilih kerana tidak percaya akan janji janjiMu ya Allah..


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (At Taubah 38).

Kemudian sesungguhnya kamu hai orang orang yang sesat lagi mendustakan (51 )benar benar akan memakan buah zaqqum (52 ) dan akan memenuhi perutmu denganya (53 )sesudah itu,kamu akan meminum air yang sanagat panas (54 )maka kamu akan meminumnya deperti unta yang sangat haus (55 ) itulah hidangan kepada mereka pada hari pembalasan (56 )

Ya Allah,aku berlindung dari segala ancaman dan azabMu,cukuplah sekadar hidangan ringan dariMu di neraka jahanam nanti.Sebiji buah zaqqum sudah azab bagiku dengar,belum lagi makan buah itu,Ya Allah,lindunglah diriku ini dari segala azabMu.Digambarkan oleh paara ulama tafsir bahawa buah zaqqum itu adalah sebiji buah yang berduri dan berbisa,buahnya jika dimakan akan terlekatlah di tengah tengah leher ini kerana duri durinya,yang mana amat berbisa dan bisa itu akan merebak ke seluruh badan dan akan menyebabkan sakit yang tidak dapat digambarkan.Kemudian,untuk memasukkan terus buah zaqqum yang terlekat itu,dihidangkan kepada kita minuman tembaga yang masih lagi mendidih.Kemudian pada waktu itu,mereka akan terus mencapai minuman itu dan terus telan,maka terburailah segala usus keran tembaga yang mendidih itu,lalu digantikan oleh Allah dengan keadaan kita yang asal,Dan diazab kembali denga azab yang sama dan mungkin lebih teruk.itu hanyalah hidangan permulaan,belum masuk ke azab azab yang telah disediakan di neraka,yang mana lagi teruk..Na’uzubillahi min dzalik..wallhu’alam

2 comments:

brotherhood_sbr said...

salam

muad'z(dezek) ke nie?

xerk_88 said...

em dezerk here..hehe,tp pmbtln skit (mu'adz,bukan muad'z)hehe