BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Tuesday, October 7, 2008

berjayakah aku?


Berjaya?Ape yang berjayanya aku ni?Kadang kadang terfikir gak,aku ni berjaya ke tak?Banyakkan ujian yang kita lalui..sme itu telah dirancang dan bertujuan untuk memilih atau meminimakan jumlah mereka yang dikehendaki.jika kita imbas balik zaman kita muda muda dulu.Mula mula kita diuji dengan PTS ketika tahun 3 sekolah rendah.Ujian itu bertujuan untuk mengenal pasti manakah pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi..Untuk skip belajar tahun 4 dan terus masuk ke tahun 5.Kemudian kita diuji pula dengan UPSR untuk menentukan tahap kita selama 6 tahun belajar di sekolah rendah..Kemudian kita dinilai samada kita mampu untuk masuk ke sekolah yang bertaraf tinggi berdasrakan keputusan yang kita dapat dari UPSR.Dan ujian ini bersambung sehinggalah kita habis belajar secara formal.

Permasalah di sini adalah adakah kita betul betul mencapai tahap yang sama dengan apa yang kita dapat di atas sijil..Maksudnya adakah teori yang kita tahu,belajar,faham kita aplikasikan dalam kehidupan kita.Ada segelintir dari mereka yang dikatakan terpilih dan berjaya ini lupa apa yang telah dipelajari dan belajar semata mata untuk mendapatkan pengiktirafan hanya di atas sekeping sijil.Dan syarikat atau majikan menilai prestasi seseorang itu hanya berdasarkan sijil,tapi bukan reality sebenar individu itu.

Apa yang cuba nak dikongsi di sini adalah adakah kita dah berjaya melalui ujian dan pendidikan Ramadhan,yang ,mana yang maha Merancang telah menyediakan hanya khusus untuk kita umat islam??Adakah kedatangan Ramadhan mengembirakan kita atau menyebabkan diri kita dikongkong??Dan adalakah pemergian Ramadhan membuat kita rasa sedih atau rasa bebas dari penjara perut??sama samalah kita muhasabah diri kita,kita ni termasuk dalam golongan yang mana?Golongan yang dikatakan berjaya melepaskan diri dari Ramadhan atau golongan yang berjaya memenuhi matlamat Ramadhan di datangkan??yang maha Mengetahui menyatakan bahawa matlamat atau hasil dari kedatangan Ramdhan adalah supaya kita menjadi golongan yang bertaqwa..

Sebenarnya,setiapa detik dalam hidup kita adalah ujian atau peperiksaan yang di datangkan secara tak langsung oleh “SEKSYEN PEPERIKSAAN” yang maha Menguji.Peperiksaan ini tidak ada penipuan atau salah tanda betul atau tidak jawapan yang kita berikan setiap kali ujian di datangkan..kadang kadang,ujian yang sama di datangkan,tapi kita masih lagi menjawab soalan itu dengan jawapan yang sama yang masih salah..lagi lagi golongan yang tidak mengetahui jawapan sebenarnya dan lebih menyedihkan,golongan yang belajar dan mengetahui jawapan bagi soalan itu pun masih melakukan kesalahan yang sama.Dan semua ini berpunca dari keegoan diri masing masing.Mereka ini patut memberikan contoh bagi golongan yang tidak mengetahui jawapan bagi ujian yang di datangkan oleh Allah.

Daripada ujian inilah akan menentukan pangkat kita di hari “KONVOKESYEN” kelak.Dimanakah tempat kita nanti,tempat yang ramai impikan atau tempat yang ramai diminta di jauhkan..dan kebanyakan ujian Ini jawapanya berdasarkan amalan praktikal kita dan berpunca dari hati yang telah di didik dengan didikan yang berkesan yang Berjaya dibuktikan dengan perbuatan.Inilah golongan yang dikatakan berjaya dan mustahil untuk wujud kecuaian oleh sang Pemeriksa peperiksaan.Wallhu’alam

0 comments: