BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Sunday, December 28, 2008

Membawaku menyelami...


Pada 9.12 lepas aku berpeluang untuk bersama sama joint satu aktiviti yang mana menyebabkan diriku rasa rendah diri dan sama sama dapat kongsi perasaan dengan masyarakat..aku di takdirkan telah terpilih untuk menolong mangsa banjir di sebuah tempat di Terengganu..dilaporkan tempat itu merupakan salah satu tempat yang paling teruk ditimpa ujian oleh Allah..Namun begitu,disebalik ujian itu,masih ada yang bertelingkah atas satu sebab yang sama dan menyebabkan masyarakat menjadi mangsa pertelingkahan mereka.

Pada hari pertama,aku dan kumpulan aku di benarkan untuk membuka sebuah bilik gerakan di sekolah berdekatan yang mana merupakan salah sebuah sekolah yang menempatkan mangsa banjir.misi banjir itu bermula pada petang jumaat,yang mana hujan agak reda.kami ditugaskan untuk membersihkan sebuah rumah yang agak teruk keadaanya selepas banjir.Tuan rumah memberitahu kami bahawa sejak 5 tahun mereka berada disitu,inilah kali pertama banjir teruk sehingga air masuk ke dalam rumah dan semuanya berpunca daripada kerakusan masyarakat mengejar tamadun dunia.aku teringat akan firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 11 dan 12 yang bermaksud “Dan apabila dikatakan kepada mereka janganlah kamu semua melakukan kerosakan di atas muka bumi,lalu mereka menjawab sesungguhnya kami adalah dari golongan yang membuat kebaikan" "Sesungguhnya mereka semua sedang melakukan kerosakan tetapi mereka masih tidak sedar ".

Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan rumah yang telah surut air banjir,kami tidak dibenarkan untuk mengharungi air banjir kerana bimbang berlaku atau ditimpa penyakit yang tidak diingini.Tuan rumah yang kami bantu basuh rumahnya nekad untuk berpindah kerana bimbang banjir akan berlaku lagi tahun depan dan tidak mahu mengambil risiko untuk menghadapinya lagi.katanya ia akan menelan lebih banyak belanja berbanding dengan perbelanjaan untuk pindah rumah.

Pada malam harinya,kami membuka surau (tempat solat bagi kaum lelaki di kantin) dalam usaha untuk mempamerkan nilai nilai islam..pada hari pertama,hanya 4,5 orang mangsa banjir sahaja yang datang,tapi itu bukan permasalahan bagi kami kerana dakwah adalah bukan jalan yang singkat,tapi mengambil masa yang agak panjang dan hanya bagi mereka yang betul betul sabar dan mukmin sahaja yang mampu untuk terus istiqamah di atas jalan Nya,berbeza bagi mereka yang munafiq “Ya Allah, ya Tuhan kami,Engkau tetapkanlah hati kami di atas jalan Mu,agamaMu dan ketaatan kepada Mu “.selesai kami solat secara berjemaah,kami sama sama solat hajat dan membaca yassin berdoa memohon agar penduduk kampung itu cepat diperlepaskan dari ujian ini.

Setelah selesai solat isya’ berjemaah,kami makan malam bersama orang kampung dan bertanyakan saat saat genting ketika air mula naik,ada yang tak sedar air naik kerana ia naik secara mendadak dan naik lebih kurang pukul 2-3 pagi.Bagi jiran yang berjaga,mereka akan menjerit memberi amaran kepada jiran lain yang sedang tidur.Inilah antara sifat yang patut ada dalam hidup bermasyarakat,saling nasihat serta menasihati antara satu sama lain tanpa mengira permasalahan peribadi.

Setelah selesai berbual dengan penduduk kampung,kami makan bersama sama.Tanpa disangka sangka,hujan turun dengan lebatnya.Kami berharap agar hujan yang turun itu tidak menyebabkan air naik mendadak.Teringat nasihat seorang kawan yang menyertai misi banjir itu “Antara waktu Tuhan akan makbulkan doa hambaNya adalah ketika hujan sedang turun,kerna ketika itu Allah sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk bumi”.Kami berdoa agar Allah mudahkan urusan mangsa banjir ketika ditimpa ujian sebegini.

Keesokan harinya,kami pergi kembali ke tempat banjir itu,dan tak disangka bahawa air naik dengan cepat sekali meskipun hujan hanya turun satu malam sahaja.Itulah petanda maha kuasa.Mampu membuat apa sahaja dalam sekelip mata “Sesungguhnya Allah berkuasa ke atas sesuatu”.Beberapa rumah yang telah kami bersihkan semalam dimasuki air kembali.Kami bersimpati kepada tuan rumah dan kami harap mereka tabah dan amalan kami semalam di terima Allah.Mungkin ada yang akan mengeluh,”sia sia sahaja bersihkan semalam”.Tapi apa yang lebih kami harapkan adalah amalan kami diterima oleh Allah.Pada hari itu,tidak banyak kerja yang kami dapat tolong penduduk kampung kerana mereka hendak memulakan segala gotong royong setelah hujan betul betul sudah reda.

Pada malam hari,kami telah merancang untuk meneruskan lagi tuntutan Allah “maka berlumba lumbalah kamu dalam mengejar melakukan kebaikan…”.kami merancang untuk mengadakan kelas quran kepada anak anak mangsa banjir yang di tempatkan di sekolah itu.Kami menjemput adik adik untuk datang ke kantin untuk mengaji ketika mereka sedang asyik menonton video yang dipancarkan di kantin itu.video yang ditayangkan bertajuk “Abrahah dan tentera gajahnya”.secara tak langsung,seerah zaman Nabi dapat disampaikan kepada generasi cilik.Kerana pada zaman sekarang,kita dapat lihat,banyak rancangan yang merosakkan pemikiran anak anak kecil seperti melatih mereka untuk menyayi,memperagakan fesyen dan pelabagi lagi aktiviti yang bakal memusnahkan masa depan islam.

Pada keesokan harinya,kami tidak menyangka,begitu ramai anak anak kecil datang.Walaubagimanapun,sukarelawan banjir kami cukup untuk tenaga untuk mengajar anak anak ini.”anak-anak itu dilahirkan seperti kain yang bersih,maka kitalah yang patut mencorak mereka”.Mungkin usaha kami kurang berjesan kerana hanya mengambil masa yang begitu singkat kerana proses pendidikan itu adalah salah satu proses yang memerlukan masa yang agak panjang dengan keizinan Allah.Namun kami telah berusaha tanpa mengira kesan daripada usaha kami kerana urusan yang seterusnya,Allah yang tentukan,”Jadilah seperti burung pipit yang mengambil air dari sungai dengan paruhnya untuk memadamkan api yang sedang marak membakat badan Nabi Ibrahim a.s,walaupun sedikit,ia tetap berusaha,dan jangan jadi keldai yang besar,bertungkus lumus mengangkat kayu api untuk membakar Nabi Allah,Ibrahim a.s

Setelah habis slot membaca Al quran,salah seorang dari kami menerapakan rukun islam dan rukun iman kepada anak anak cilik itu.Kami beruntung kerana mempunyai tenaga sukarelawan yang bukan sahaja dapat menolong penduduk mengangkat barang dan membersihkan rumah,tapi ada yang berabakat untuk menjadi motivator.Anak anak ityu terhibur dengan penyampaian sukarelawan itu kerana dia Berjaya menangkap perhatian mereka dengan gaya serta kata kata yang indah dan ceria.kemudian kami melakukan beberapa permainan bersama bagi menghiburkan hati mereka menurut syarak.

Pada keesokan harinya,kami tidak dapat meneruskan lagi kerja kerja kami kerana mereka masih menunggu agar hujan betul betul berhenti untuk 2,3 hari.Namun begitu,ada di kalangan sukarelawan yang bekerja sebagai doctor datang membuka pusat pemeriksaan percuma kepada ibu bapa di tempat mangsa banjir dipindahkan .Kemudian ketua misi banjir mengadakan post moterm dan antara isi yang ditekankan adalah beliau hendak mengurangkan tenaga sukarelawan dengan memilih beberapa orang sahaja kerana beliau tidak mahu pekerja lebih banyak dari kerja.Kami patuh.Misi kami ditangguhkan untuk 2 hari kerana bersiap untuk hari raya korban.Kami telah menghantar beberapa bahagian daging korban pada raya kedua kepada mangsa banjir.

Pada hari raya ketiga,kami dipanggil semula untuk kerja pembersihan rumah kerana dah 2 hari hujan tidak turun dan penduduk taman itu yakin boleh membersihkan rumah mereka.Kami gembira bekrjasama membersihkan rumah mereka dan tak sangka kami dapat bersihkan dengan begitu cepat.Mungkin inilah yang dikatakan muafakat membawa berkat.Kekurangan kami adalah tidak cukup perlatan pembersihan.Tapi itu bukan masalah utama kami kerana peralatan asas kami ada dan ditambah dengan peralatan yang telah di beli oleh tuan rumah,maka kerja kami menjadi lebih mudah.kerja pembersihan telah dilanjutkan 5 hari sehingga semuanya selesai.Alhamdulillah kami berjaya menolong meringankan beban mereka baiarpun bukan dari segi wang ringgit,tapi kami cuba tolong semampu mungkin denga tenaga kami kerana kebanyakan sukarelawan terdiri dari pelajar university dan sekolah.Program misi banjir ini adalah berkadaran dengan misi banjir yang telah kami adakan di pekan,Pahang pada tahun lepas dan kami akan menolong semampu yang mungkin golongan yang memerlukan pertolongan.Wallahu’alam…

Sunday, November 23, 2008

Ingat dah settle..


Masalah masalah..hmm..asyik dengan masalah je hidup ni kan..?tapi dengan masalah lah wat hidup kita tidak boring dan dan meningkatkan jati diri..apa sebenarnya mlsalah ni?masalah ni adalah satu perkara yang wat kita jadi tak senang duduk dan mendesak kita berfikir panjang ..Dah ramai dah lahir pakar motivasi untuk selesaikan masalah..biasa berkenaan dengan masalah student,disiplin,peperiksaaan,perhubungan dan banyak lagi..banyak dah formula yang mereka cipta..

Secara generalnya,masalah boleh diatasi dengan modul SWOT.(Sterength,Weaknesess,Opurtinities ,Thread).Ada yang guna modul lain..secara umumnya,1st step kenal pasti punca,cari cara atasi melalui pakar,manage masalah (jangan campur adukkan masalah).Kadang kadang ada yang ambil jalan mudah dengan lari dari masalah tapi tak deal dengan masalah..settle elok elok..mereka fikir dah setle kalau wat gitu,tapi tidak,malah lagi menambahkan masalah.

Semalam ,kat rumah aku de kejadian dalam sejarah,biasa dengar kat negara luar,tapi sekarang dah berlaku kt negara sendiri malah di kampong sendiri,Cuma bukan orang kampung je,,time tu aku,ayahku dan adik lelakiku nak pergi solat zohor kat masjid,,tapi jalan jadi sesak,ingatkan ada kemalangan,rupa rupanya ada perempuan tua yang nak bunuh diri dengan terjun bangunan 4 tingkat..bangunan tu belum lagi siap dan bangunan tertinggi di daerah aku.

Ramai orang datang lihat,bomba,polis dan ambulan juga datang nak settlekan masalah yang sedang di hadapi oleh perempuan tua itu..kejadian ni berlaku lebih kurang 2 jam lebih dan betul betul di depan mata aku..aku jadi seram tengok perempuan tua tu..aku tidak dapt berbuat apa apa selain berzikir dalam hati “Ya Latif” agar dilembutkan hati perempuan itu..namun aku tak pernah dengar seorang pun dari mereka yang ada bersama aku tengok perempuan itu berdoa atau mengharapkan agar perempuan itu selamat.Apa yang mereka nak hanya agar cepat cepat terjun dan settle masalah..Aku rasa sedih dan berat di hatiku.Aku rasa salah aku kerana tidak melaksanakan kewajipan berdakwah..Jika dia faham hakikat hidup,mati,dosa,pahala,syurgva dan neraka,nescaya tidak ada yang cuba settlekan masalah seperti tu.

Bunuh diri??ingat senang ke nak bunuh diri..silap silap tak sampai ajal lagi,terseksa lak hidup dengan perbuatan tu..contoh kalau orang tu terjun dari bangunan tinggi..tapi Allah dah tetapkan ajal dia bukan sebab terjun tu,nanti tak pasal pasal nk kene tahan sakit patah tulang,berdarah situ sini..nak kongsi satu cerita tentang ketentuan ajal..

Cerita ni berlaku sewaktu zaman Nabi Sulaiman..semua orang tahu bahawa baginda boleh berinteraksi dengan semua makhluk serta dapat memerintahnya,tak kira la,binatang ker,angin kea tau laut,semua baginda dapat arah..pada suatu hari,baginda mengadakan majlis ilmu dan baginda menyampaikan di depan orang ramai..sebelah baginda ada seorang lelaki (kita namakan dia A ).Di kalangan para tetamu yang datang,seorang lelaki lagi(kita namakan dia B) perasan yang dia selalu ditenung oleh si A .Si B tidak pernah melihat si B.Barangkali si A bukan penduduk di daerah B..Si A merenung tajam seolah olah nak bunuh si B..Si B merasa takut dan selesai sahaja majlis ilmu itu,si A hilang.Kemudian si B datang jumpa Nabi Sulaiman dan menceritakan hal tadi..si B minta tolong dari Nabi Sulaiman agar perintahkan angin supaya membawanya ke negeri yang jauh..Lalu Nabi Sulaiman perintahkan agnin bawa si B ke sebuah negara yang jauh(kita namakan nama negeri tu negeri Z”Setibanya si B di negeri Z,si B terus jumpa dengan si A tadi..dia takut dan mati di situ.selang beberapa hari,Nabi Sulaiman jumpa kembali dengan si A lalu bertanya “ siapakah kamu?” jawab si A” aku adalah malaikatmaut.aku berterima kasih dengan anda kerana menghantar si B ke negeri Z,aku telah dititahkan oleh Allah agar mencabut nyawa si B pada waktu sekian di negeri Z,aku pelik kerana hamper saat kematian yang telah dicatat,si B masih berada di negeri anda dan mana mungkin si B dapat sampai ke negara Z dalam masa sekian sekian..tapi aku percaya pada perintah Allah dan menunggunya di tempat yang telah ditetapkan oleh Allah..tiba saat kematianya,aku lihat si B turun dengan angin,lalu ak cabut nyawa dia tidak awal dan tidak lewat walau sesaat..”

Bunuh diri..bahaya kan bunuh diri..ingat dah settle masalah,tap ital lagi rupanya..Fikir dulu sebelum buat..kita nk cuba bunuh diri ni,confirm ke kita mati?kalau tak mati,naya diri jer..tapi secara tak sedar kita sekarang tengah cuba nak “ bunuh diri” Cuma bunuh diri tu cnfirm x mati je..yang de Cuma rasa sakit yang amat..apa yang aku cuba kongsi,ramai antara kita nak bunuh diri time akhirat nanti..ye r..kita selalu wat dosa dosa,maksiat dan langgar perintah Allah seolah oleh membiarkan diri kita terjun dan bunuh diri ke dalam neraka..perasan tak wahai sahabat-sahabatku??Cuma yang confirm kita tak mati je..tapi dapat azab yang berkali kali ganda pedih dan sakit sangat jika nak banding di dunia ni..azab yang Allah sediakan ada yang tidak terlintas di fikiran kita..Allah maha Bijaksana dan tahu apakah azab yang paling sakit untuk hamba hambanya..maka wahai sahabt sahabtku,sama samalah kita jangan “bunuh diri” di alam yang abadi …wallhu’alam

Tuesday, November 11, 2008

Diberi peluang..


Emm..dh lama aku x tulis kat blog ni..sejak akhir2 ni aku sibuk dengan xm.bz stdy..byk ag yang x bis bce rupanya..tp alhmdlah lah cz ak sempat habiskan silibus dengan baca dan diskusi dengan kawan2.Cuma aku pelik dengan satu keadaan tapi bukan aku sje,ak bncg dengan kawan2 apa yang aku rasa..aku rasa payah nk faham apa yang lectre ajar dlam kls..sepanjang mggu kuliah,susah bagi ku nak faham,tapi bila tiba stdy week,sme sbjk jdi sng faham..aku pun x taw kenapa jadi g2..tapi yang penting alhmdlah aku sempat habiskan sme silibus..

Namun begitu,aku masih lagi ada rasa pelik,lepas xm je ble ditanya apa yang telah dibaca,semua itu tidak igt sdgkan ak dah hafal semua..mmg betul kita kena belajar kerana Allah,ak pasang niat ak,tp itu yang buat aku pelik,,mgkin ak yang pelupa,,ak mmg senang nk lupa sesuatu perkara,,perkara ni ak sedar masa masuk unvct..prgai ni selalu je berlaku mse sek men,namun begitu aku sedar perangai ni bila kawan kawan aku kata aku ni sng lupa letak barang..semenjak sek men aku mmg pelupa..bnda yg sering ak hilang adalah cermin mata aku.Ak selalu bertnya kepada kawan2 kt mana ak letak cermin aku,Aku bersyukur kerana mmpunyai kwn2 dan junior yang sudi tolong carikan barang yang aku hilang..

Tapi bila aku msuk unvct,tabiat buruk ak x dapt dikikis lagi,aku masih lagi lupa dimana aku letak barang aku,barang yang sering ak lupa wallet,cermin mata dan nset.x pernah tmbul dalam hatiku ada yang mencurinya kerana mmg ak dah masak dengan perangai buruk aku ni..namun ak masih lagi bersyukur kerana mempunyai sahabat2 yang memahami keadaan aku n tolong aku cari barang aku..

Sepanjang mggu pepriksaan ni,ak bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menduduki peperiksaan..walaupun ak kena selsema 2 hari pepriksaan,sjenis pnyakit yg ak x dpt atac kecuali dgn habisakan masa dgn tido untuk mengatsi masalah ni..Aku bersyukur kerana aku masih lagi dapat menjawab pepriksaan walupun agak lambt,bebeza dgn keadaan aku dulu yang x dapat kawal diri dan otak jadi blur time kena selsema,aku x dapt focus dan igt apa yang telah aku hafal untuk mnjwab pepriksaan..aku bersykur sgt..

Hari ni paper last ak,bru je hbs xm tadi..namun ak selalu je melakukan careless dalam semua perkra..lagi2 dalam xm..ak x taw cne nk elak tabiat ni..tapi still jadi.,.hari ni ak dapat satu semangat jika careless…sng je..”antara ilmu dan markah”..itu pandangan aku,aku x nafikan semua pandgn org..biarlah aku dapt markah rendah,yang penting aku dapat kuasai ilmu itu,benar kata2 ustaz ak “peperiksaan itu satu penipuan”..sama2 r kita fikirkan ek..

Sunday, November 2, 2008

suasana raya kuaz dengan anak yatim


Posted by Picasa

Thursday, October 30, 2008

Dimanakah diriku..??


Hmmm…sekarang aku dah masuk 1st year degree..umur dah 20..bila ditanya umur,baru sedar diri ni dah tua,dah besar panjang,tapi umur bukan penentu bagi kita dalam segala hal..Sekarang aku dah masuk stdy week..nxt week dh xm..tp x taw r,rse diri cam dah x de prsn jer..ske duk tmnung sorang2,x taw fikir psl pe..stdy2 gak,tp 2 r,ak x taw diri aku kt ne skg..td de g dgr kliah agama..byk yang dibncgkan hentam pd aku..tp ak dah prepare nk kne hentam..dh brsdia utk menerima segala nasihat..x d gne kalau kita g dgr kliah agama,tp x berkesan pada diri..kadang2 kita x taw yang kita wat tu sbnrnya salah tp pd pndgn kita betul.Tu la gunanya mjlis ilmu..nk cek diri kita balik,dgr orang nak nasihat pe.

Time balik kliah ilmu,aku terfikir sorang2…ak kt mne skrg ni?mana diri ak yg dulu..yg suka ikt tarbiyyah.Suka mendengar nasihat,suka kepada kebaikan dan tidak biasa dengan keburukan.Tapi pada hari ni,aku terasa ak dah kehilangan diriku yang dulu.”Ya Allah ya Tuhan kami,janganlau Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan anugerahkan kepada kami segala nikmat..”Dulu time sekolah menengah,sering sahaja aku melakukan perkara perkara sunat,solat jemaah jarang sekali ditinggalkan,tapi sekarang,aku dah jauh terpesong,tidak seumpama dulu lagi.

Benar kata seorang sahabat aku.”Benda yang paling ringan tapi susah nk buat adalah istiqamah”.Bukan senang kita nak istiqamah,selalu sje ust2 pesan dulu,nak istiqmah kena ada rasa Allah itu dekat dengan kita dan sedang perhatikan kita.Tapi sejauh manakah hubungan kita dengan Allah sekarang dan sewaktu kita nak buat kemunkaran??

Lagi2 sekarang dah nk masuk xm..kita selalu je prepare,tapi taw x kawan2, yang kita sekarang,malah setiap detik adalah peperiksaan..samada kita lulus atau gagal,ada penjaga yang menilainya dan ganjaran atau balasan memang kita x dapat jangkakan..Sekarang aku rasa betul2 rasa hati aku kosong.Kata seorang murabbi aku “Nak tengok dimana dan siapakah kita,tengok kat diri kita time kt mana2 tempat..kita rasa kita gembira atau sedih time lakukan perkara buruk atau baik itu,maka,itulah kita”.Maka awaslah diri,dimanakah kita sebenarnya.

Aku rasa amat takut tergelincir dari landasan yang betul.Rasa diri akan diancam dengan azab2 yang telah Allah sediakan bagi hamba2 yang derhaka.Aku perlukan sahabat2 yang mampu menolong dan membimbing aku bukan sahaja di dalam majlis ilmu,malahan seketika di luar majlis ilmu.Di luar majlis ilmulah penentu sahabat akhirat kita.Payah untuk menemui sahabat seumpama ini dan aku masih lagi tercari cari sahabat yang aku impikan itu.”Ya Allah ya Tuhanku,Engkau pertemukanlah aku dengan sahabat dunia akhiratku,yang mampu memapah aku ke syurga.”

Time sekolah menegah dulu,banyak program yang membina jiwa telah disusun oleh pihak sekolah,tapi keadaan di Universiti,berbeza sama sekali,semuanya terletak pada diri kita,samada kita memilih jalan yang luas yang penuh dengan tipu daya dan pemuas nafsu atau jalan yang sempit yang membawa kita kepada kebahagiaan..Wallahu’alam

Sunday, October 26, 2008

Yang dijanjikan syurga part 1..


Kali ni aku kongsi pengalaman dan perasaan aku dengan korang semua.Hari tu,kelab penyayang kolej aku de wat 1 program bersamu lebaran,kat sebuah rumah anak yatim di selayang(PDK Selayang).Program dia lebih kepada majlis hari raya dengan anak yatim dan OKU (orang kurang upaya).Sebelum 2,aku nak cite la kat sahabat semua yang aku de sorang kawan yang skg duk tgh belajar kt ukm nung.Kos pendidikan khas,lebih menjurus kepada mendidik dan menjaga oku ni.Dia kata dia dapat rasakan pilihanya betul walaupun ketika isi borang kt matrik dulu dia main-main.Akhirnya dia dapat gak kos pendidikan khas tu.

Jika kita masyarakat biasa tengok tugas menjaga oku tu nampak macam selekeh je,aku pun berfikiran umpama tu juga.Tapi setelah mengetahui secara ,mendalam apa yang dimaksudkan dengan pendidikan khas barulah aku tahu,betapa susah dan mencabar medan itu.Mana taknya,nak layan karenah seorang,mampu membuatkan kita jadi tension,lagi lagi yang tolong jaga tidak ikhlas dan lebih teruk lagi jika tiada ilmu.Tugas menjaga oku ni memerlukan kesabaran yang tinggi.Walaupun kita lihat,oku itu umur dah lanjut(maksudnya umur pengakhiran 20)mereka masih lagi tidak berupaya untuk mengurus diri dan memerlukan pertolongan untuk mengurus hidup mereka.

Tanggal 19.11 (lambat tls cz bz xm) baru baru ini,aku berpeluang untuk menyertai satu majlis hari raya di sebuah rumah anak yatim yang mana dalam masa yang sama insan oku juga ditempatkan di situ.Pada permulaanya,kami dikhabarkan tiada pelajar oku,tapi sewaktu sessi pendaftaran ada ibu bapa yang menghantar anak mereka (oku).Kami tidak dapat membuat apa apa selain hanya menerima mereka.Namun bagiku,ia bukan menjadi satu masalah.Sebaik sahaja sessi pendaftaran selesai,kami memulakan aktiviti dengan senam aerobic.Aku sendiri menjadi salah seorang yang bersenam di hadapan.Kami tidaklah melakukan senam aerobik yang rancak seperti di dalam kaca telivisyen.tapi yang mudah –mudah sahaja seperti streching, lai chi kang,chicken dance dan beberpa aktiviti mudah(kalau kamu semua tahu la).

Sewaktu bermulanya senaman,semua peserta yang terdir daripada anak yatim tidak menjadi masalah kepada kami kerana senang bagi kami untuk mengumpul dan mengarah mereka,tapi berlaku sebaliknya kepada golongon oku.Aku tidak sampai hati tidak mengajak mereka untuk menyertai senam robik itu.Lalu aku minta salah seorang kawanku untuk mengajak dan memimpin mereka pergi ke dataran.Namun begitu,masih terdapat perasaan dalam hati kawanku ini takut kepeda mereka (oku).Aku tak tergamak nak tinggalkan mereka dan bersuka ria dengan anak yatim sahaja.Lalu aku memimpin salah seorang oku dan diikuti oleh kawanku yang lain.Cabaran pertama dengan oku itu sebelum sampai ke dataran untuk aerobik adalah pakai selipar.Kelakar bukan?,tapi inilah hakikatnya,kami sendiri kena pakaikan mereka selipar dan mungkin jika ada budak kecik yang tengok perkara ini akan berkata “pakai seliper pun nak suruh orang,dah besar panjang dah pun”.Namun begitu kawan kawanku,inilah mereka,kita kena layan mereka lebih dari kita layan serang budak umur 4 tahun.Masalah yang biasa berlaku kepada budak umur 4 tahun Cuma tidak reti membezakan selipar kanan atau kiri dan tidak menjadi masalah bagi mereka untuk memakainya sendiri,tapi tidak bagi insan bergelar oku,pakaikan selipar pun perlukan pertolongan orang.Inilah antara tugas yang mencabar bagi mereka yang bekerja sebagai penjaga mereka,tapi insya Allah akan membawa pulangan yang “besar kelak”.

Kemudian kami pimpin mereka yang kurang upaya ke medan aerobic..walaupun mereka tidak dapat melakukan senaman seperti mana anak yatim yang lain,namun cukup bagiku sekadar dapat melihat mereka seronok.Dengan senyuman yang diukir mereka,mampu membahagiakan aku.Kerana bagiku kebahagiaan adalah dengan membahagiakn orang lain.Sabda Nabi “sebaik baik di kalangan kamu adalah yang dapat member manfaat kepada orang sekitarnya”.

Kemudian kami berehat untuk minum pukul 10.Teringat ketika zaman aku kecil dulu,selepas waktu sekolah je,balik umah,minum air sejuk dari peti,solat dan terus keluar bermain besama adik adikku semua.Selalu kami main kejar kejar ayam pak cikku.Mak dan ayah hairan kenapa kami tidak letih dan kami juga hairan,kenapa kami mesti letih sedangkan benda yang kamu buat seronok.Tapi bila usia mencecah 20 tahun,baru tahu penat juga main main ni.Semasa kami lakukan senam robik,kami rasa letih sangat,tapi anak anak yatim sek rendah masih lagi bertenaga dan mintak diteruskan.Tapi untuk mengelakkan dari jadual yang kami rancang tergendala,kami berhenti dan main teka teki.Sewaktu sekolah rendah seronok dan banyak main teka teki,tapi bila dah usia sebegini,banyak idea dan soalan dah hilang.

Setelah selesai minum,kami terus kepada slot xplorace dan latihan ilmiah.Pelik bukan??kami datang ke sana untuk berhari raya,tapi masih ada slot bermain berlari lari.Tapi itu bukan masalah,itulah kelebihan biro modul yang menyediakan modul untuk merapatkan persaudaraan antara peserta dan student universiti.Namun sayangnya,aku tak dapat bersama mereka kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan dan memaksa aku berpisah dengan mereka buat sementara.Namun dari jauh,jelas di pandanganku bahawa mereka gembira dengan kehadiran kami di situ.

Thursday, October 16, 2008

Golongan sedikit aku citakan..


Jika diberi peluang samada untuk mendapat sesuatu yang lebih banyak atau sedikit,sudah pasti kita lebih memilih kepada sesuatu yang lebih banyak bukan.Aku tak pasti samada kata kata ni merupakan hadith atau tidak tapi aku lebih memilih untuk mengatakan ianya kata kata hikmah “Jika manusia diberi segunung emas,pasti mereka akan meminta segunung lagi”.Manusia memang lebih bersifatkan nak sesuatu yang lebih walaupun jika dilihat ianya sudah mencukupi.

Namun begitu sahabat sahabatku sekalian,masih lagi insan yang ada perasaan atau nilai dalam dirinya untuk merasa cukup apa yang telah dikurniakan.Pernah suatu ketika Saidina Umar berdoa “Ya Allah,masukkanlah diriku ke dalam golongan yang sedikit”.Sahabat yang mendengar ucapan itu terkejut dan melaporkan kepada Nabi Muhammad tentang doa itu.Lalu nabi menjawab,”Apa yang dimaksudkan dengan doa Saidina Umar itu adalah beliau hendak digolongkan ke dalam golongan yang bersyukur” .Kerana amat payah untuk menjadi golongan yang bersyukur.

Nabi sendiri ketika turunya ayat 111 surah Al Imran,baginda menangis ketika bertahajud,digambarkan baginda solat,dan berdiri yang amat lama,ketika rukuk,basah janggut baginda dan ketika sujud juga janggut baginda basah kerana air mata baginda mengalir dengan banyak.Apabila tiba waktu subuh Saidina Bilal datang untuk melaungkan azan dan beliau melihat Nabi junjungan mulia menangis ketika solat tahajud.Lalu beliau bertanya kepada baginda “Ya Rasulullah,kenapa engkau masih lagi beribadat sampai bengkak bengkak kaki sedangkan kamu telah dijanjikan Allah untuk dimasukkan ke dalam syurga?”Lalu muka Nabi menjadi merah kerana marah akan pertanyaan Saidina Bilal,lalu baginda berkata kepada Saidina Bilal “ Salahkah bagiku untuk menjadi golongan yang bersyukur”.Lihatlah sahabat sahabatku bagaimana baginda menunjukkan teladan yang amat baik.Nabi masih lagi kuat beribadat walaupun dijamin masuk syurga dan maksum bagi mengambarkan baginda bersyukur kepada Allah.

Pernahkah kita sewaktu bangun dari tidur,kita melahirkan rasa syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup dalam usaha memperbaikan sahsiah kita.Suka di sini untuk berkongsi dengan para sahabat satu doa dari sebuah hadith yang shohih,maksudnya

Dengan namaMu Ya Tuhanku,aku meletakkan lambungku ini,jika Engkau mengambilnya (roh) maka Engkau ampunkanlah dosa dosanya,dan jika Engkau lepasakanya (roh) maka Engkau peliharakanlah sebagaimana Engkau memelihara hamba hamba Mu yang soleh”

Banyak lagi doa tentang tidur,tapi bagi diri ini lebih memilih doa ini

Hidup di university,merupakan satu cabaran yang amat tinggi dari segi aqidah.Mana taknya,banyak program yang lebih menjuruskan kepada meruntuh jiwa tapi bukan membina jiwa.Jika adapun mesti diselit sama dengan aktiviiti yang meruntuh jiwa.Perlu diberi penekanan di sini bahawa yang hak dan batil tidak boleh duduk selari.Suka di sini untuk berkongsi dengan sahabat sekalian satu perumpamaan oleh seorang pak cik apabila ditanya khabar.Lalu beliau menjawab fizikal Alhamdulillah masih berada dalam keadaan baik tapi jiwa masih lagi tidak tertingkat.Katanya lagi “Islam umpama system badan yang sihat,membuang segala makanan atau bacteria perosak dari badan kerana masih mempunyai system keimunan yang masih lagi tinggi.Namun begitu lama manakah ianya dapat bertahan selagi mana badan itu tidak menerima rawatan atau supply dari doctor.Lama lama badan akan jadi rosak kerana bacteria itu akan mutasi untuk mengalahkan system badan.

Begitu juga dengan jiwa kita,selagi mana ia terus terdedah dengan jahiliyyah tanpa ada usaha memperbaiki dan membina jiwa tiada,maka ia akan lemah dan kalah dengan jahiliyyah.Sebab itu penting bagi kita untuk melakukan amal amal yang membina jiwa seperti menghadiri majlis majlis ilmu.Wallhu’alam…